Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Contengan Idea

Adukan Kepada Tuhanmu

Sahabat,

Jika siangmu diuji dengan begitu hebat,
maka ketahuilah malam itu tercipta tanpa cacat.

Jika hari-harimu terasa begitu berat,
ketenangan ada bersama malam yang pekat.

Allah bukan tidak tahu apa yang kau lalui.

Nah,
laplah air matamu.

Adukan segalanya kepada Tuhan-Mu–
di situ kau bakal bertemu ketenangan,
kekuatan dan kedamaian.

Allah s.w.t adalah tempat mengadu–
yang tidak pernah menghampakan
meski bicara kita tidak bertemu bicara-Nya secara zahir
dan meski tangis kita tidak diseka-Nya secara zahir;

bukankah Allah ada caranya tersendiri, sahabat?

[Cerpen] Pergimu Meninggalkan Kekuatan Perjuangan

Credit Picture : Google

Credit Picture : Google

Pintu dibuka dengan gerakan yang perlahan. Kelihatan seorang wanita lengkap bertudung dan berjubah melangkah masuk dengan kaki yang longlai serta tangan kanannya memegang beberapa buah buku. Wajahnya sugul, muram. Cukup memberi faham kepada orang lain mentafsir yang dia sekarang sangat tidak bermaya.

Kelihatan tidak bersemangat.

Usai meletakkan buku dan beg di meja belajar, dia melepaskan tudungnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Rakan sebiliknya, Kak Hazwani yang tua setahun darinya hanya memerhati. Sebaik sahaja keluar dari bilik air, wajahnya yang sugul tadi itu berubah rona. Kelihatan bercahaya, berkat air wudhu barangkali. Pantas dia mencapai telekung dan membentangkan sejadah di suatu sudut dalam bilik itu. Kak Wani, masih memerhati sebelum bertindak sebagai rakan sebilik sekaligus pendengar.

“Assalamu’alaikum warahmatullah…” dia memberi salam ke kanan dan kiri lalu berdoa.

Usai melipat telekung, dia duduk berhadapan dengan meja belajar. Dihadapannya, banyak nota-nota kecil yang ditampal sebagai peringatan. Diamatinya satu persatu. “Uh. Semua ni nota kecil lepas, dah buat dah..” Di papan itu juga tertempek gambar kedua orang tuanya. Tiba-tiba dia menguntum senyum melihat gambar itu. Gambarnya bersama kedua orang tuanya semasa dia menamatkan pengajian di Pusat Latihan Dakwah (PLD) dan gambar semasa menamatkan pengajian diplomanya.

(more…)

Akhowat Itu Istimewa

Bertemu dengan akhowat ni,
rasa dia lain macam sikit.

Bila bersalam;
tangan yang menggenggam itu,
erat sungguh —
serasa mengalirnya aura cinta positif.

Terenjat;
tutur nasihatnya buat tersiat hati,
namun indah —
tidak terluka dan parut jauh sekali.

Jiwa hiba;
bila lisannya meniti kata tentang syurga,
tentang jalanNya —
tidak mudah itu tradisi generasi kenabian.

Senyum redha;
apabila mengingat tentang duri dakwah,
itu semua tiada apa —
kerana syurga Allah itu ada seluasnya.

Ibtisamul wada’,
sedih apabila berpisah,
tapi tetap dengan semangat yang ada —
bertemu di akhirat motivasi terutama!

Suhana Amiril | Cintailahi.com
1108 PM
07032014