Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Allah Tidak Pernah Jauh

Buku Pilihan Kategori Islamik – AGBK 13

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kak Ros. Kakak Editor yang selalu baik hati =)

Kak Ros. Kakak Editor yang selalu baik hati =)

Alhamdulillahi robbil ‘alamin. Alhamdulillah ‘ala kulli haal. Karya pertama saya, telah memenangi ‘Buku Pilihan Kategori Islamik’ untuk Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 pada hari ini.

Kelihatan di dalam gambar di atas, kak Ros selaku editor saya yang sangat baik hati dan selalu sabar melayan karenah mewakili diri saya menerima anugerah tersebut. Tanpa beliau, mana mungkin buku tersebut bisa wujud. Terima kasih banyak kepada beliau!

Saya tidak dapat menghadiri majlis ini kerana ada kekangan yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, Allah SWT sebaik-baik perancang. Walaupun pada mulanya apabila saya memberitahu Mama tentang anugerah yang perlu dihadiri, beliau terus sahaja bersetuju membenarkan pergi. Namun mengambil kira banyak perkara, I stayed.

Terima kasih juga kepada para pembaca yang gigih mengundi untuk kategori tersebut. Tanpa kalian yang membaca dan menyokong penulis yang masih sangat baru seperti saya, mana mungkin akan terjadi seperti hari ini. Maka, saya masih memerlukan sokongan, dorongan dan doa dari kalian tanpa putus-putus. Terbangkan selalu doa untuk saya, ya!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

... kerana Allah Tidak Pernah Jauh.

… kerana Allah Tidak Pernah Jauh.

Akan jadikan ini sebagai pemangkin semangat untuk menjadi seorang yang menulis kerana-Nya dengan lebih gigih dan amanah. Semoga Allah SWT terima sebagai saham akhirat.

Semoga ALLAh merahmati.

Allah Tidak Pernah Jauh : Cetakan Ke-3

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sama ada kita sudah terlalu jauh dari Dia, maka kita perlu kembali kepada Dia sesungguhnya!

Sama ada kita sudah terlalu jauh dari Dia,
maka kita perlu kembali kepada Dia sesungguhnya!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Buku “Allah Tidak Pernah Jauh” —
reprint untuk kali ke-3.

Sebetulnya agak teruja, tak sabar untuk buku-buku yang seterusnya!

Tiba-tiba rasa nak nangis. Betapa Allah Ta’ala dah banyak buat kebaikan kepada diri saya yang selalu culas kepada Dia. Betapa Allah Ta’ala telah banyak menunaikan apa yang terdetik dihati saya untuk mendapatkannya dan saya pula kadang kurang bersyukur kepada-Nya!

.. rasa malu juga kepada Tuan Punya Dunia!

Allah Maha Baik kepada saya;
bagi kepada saya peluang untuk kenal —
dengan orang-orang yang soleh solehah dan baik-baik.

Dan untuk buku ini, semoga setiap patah yang baik-baik di dalamnya, semoga Allah Ta’ala pandangan rahmat. Dan apa-apa sahaja kekurangan dan kelemahan di dalamnya, moga Allah Ta’ala mengampuni saya dan membaiki diri saya.

Segala-galanya datang daripada Allah Ta’ala jua.

Kerana Allah Yang Sedang Membelai Jiwa Kalian

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kerana Allah Yang Sedang Membelai Jiwa Kalian.

Kerana Allah Yang Sedang Membelai Jiwa Kalian.

Found this. MashaAllah!

Mendongak ke langit dunia;
bukan sekali dua ada memberi kata seperti ini.
Sungguh naluri ketika merasa penulis itu bercakap,
bukanlah kerana penulis itu sendiri —

tapi kerana Allah SWT yang sedang membelai hati kalian,
tapi kerana Allah SWT yang sedang menyentuh hati kalian,
tapi kerana Allah SWT yang sedang menyayangi jiwa kalian.

Tanda dari Allah —
bahawa Dia masih memegang hati-hati kita semua.

Masih teringat bagaimana getaran terasa dalam jiwa apabila mengetahui bahawa buku Allah Tidak Pernah Jauh sudah diterbitkan dan bakal diedarkan ke seluruh Malaysia. Bertambah beku dan dinginnya jiwa apabila tangan ini memegang buku karya sulung diri sendiri – terfikir. Allah, besar sungguh tanggungjawab ini.

“Aku takut.”
“Takut kalau-kalau tulisanku hanya mendatangkan keburukan.”
“Aku takut kalau-kalau aku hanya tahu tulis dan tidak tahu buat.”
“Dan aku sangat takut bila aku mendatangkan fitnah kepada agama-Mu, ya Allah!”

Semua itu berlegar-legar dalam minda untuk beberapa ketika.

Bukan seorang dua tiga orang mengatakan, “Engkau seolah-olah duduk di depanku sedang bercakap dengan aku apabila aku membaca nukilanmu.” Sungguh, itu sebenarnya bukan aku. Bukan. Tapi Allahlah yang sedang membelai jiwamu.

Allah Tidak Pernah Jauh -- Sesekali.

Allah Tidak Pernah Jauh — Sesekali.

Semoga ALLAh merahmati.