Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

[Novel] Tasawuf Cinta (U)

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamu’alaikum kawan-kawan…

Bertemu lagi dalam entri yang ditulis tika malam sudah menyapa. Terasa dingin sekali malam ini. Nyaman. Sejuk. Tapi, nyamuk-nyamuk yang mencari makanan darah juga tidak kurangnya.

Maka, sapukan saja minyak attar. đŸ˜€

Kali ini, jom lihat-lihat novel ini. Tajuk saja sudah menarik minat, bukan~?
Walaupun ada sedikit rasa tidak puas hati setelah sudah mengkhatamnya, tetapi usaha untuk mencari jawapan kepada persoalan yang berkaitan dengan di dalamnya masih juga dalam mood pencarian.

Tasawuf Cinta


“Janganlah seorang laki-laki berdua-duaan dengan seorang perempuan (bukan mahram), kerana pihak ketiga adalah syaitan,” bisik hati Marham mengingat hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud sambil menundukkan kepala di hadapan Rona.

Hati kecil Rona tidak dapat menafikan Marham, seorang takmit masjid dan pintar dalam bidang tasawuf itu berjaya mencuri hatinya. Marham pun sesungguhnya mencinta Rona, namun baginya cinta suci tidak boleh dicemari, apalagi dinodai beragam bentuk sentuhan fizikal dengan alasan apa pun.

Komen saya mengenai novel ini? Saya masih blur agaknya. Ada beberapa persoalan di minda saya mengenai beberapa perkara dalam novel ini.

Kepada sesiapa yang sudah baca novel ini, mohon bagitahu saya. Mungkin anda lebih faham dari saya, maka saya perlukan tunjuk ajar dari anda.

Oh ya. Ada beberapa babak seperti keinginan bercinta dalam novel ini, apabila saya membacanya, saya membayangkan anak remaja yang baru mengenal erti cinta. Hehe!

Ingin tahu dengan lebih lanjut? Baca sendirilah, ya.

Apa pun, saya suka penceritaan beberapa watak dalam novel ini mengenai tempat bersejarah yang berada di Indonesia. Apabila membaca dialog-dialog dalamnya, terasa novel ini seperti bertukar tajuk. Rasanya kok seperti ingin menceritakan sejarah Indonesia aja ya.

đŸ˜€ Wallahu’alam.

Semoga ALLAh merahmati.

2 Comments

  1. Gerry says:

    Assalamu’alaikum kawan-kawan.

    saya ingin brtanya, di mana saya bisa mendapatkan Novel2 Islami sprty Novel Tasawuf cinta.
    saya pergi ke toko buku, tapi Novelnya tentang jihat semua, klwpun tntang cinta, tdak di dasarkan agama.

    tlong beri tahu saya, di mna da yng jual Novel cinta yng brtajuk Islami sprti Novel Tasawuf Cinta.

    Trimks

    [Balas Komen]

  2. […] menerima soalan di kotak komen di sini. Baru saya perasan setelah melihat dashboard. Saudara/i Gerry bertanyakan perihal novel islamik. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *