Mari Membeli Buku #2

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Mari kita membeli buku.

Entah sejak bila saya berminat untuk mengumpul setiap buku yang saya hendak baca. Selalunya, dulu.. Saya hanya meminjam buku-buku ilmiah, motivasi dan novel-novel dari perpustakaan. Namun yang pasti, saya suka membaca cerita apa sahaja.

Ulat buku?

Saya tidak, agaknya. Orang yang digelar ulat buku ini sebenarnya boleh membaca beberapa buah buku selama sebulan. Boleh jadi lebih dari 5 buah buku. Adakah itu anda? Tahniah. Saya cemburu dengan anda.

Buku Itu Ibarat Kekasih

Buku itu ibarat kekasih? Iyalah kot. Sebab saya sayang buku-buku saya. Hehe.

Novel-novel yang ada dalam gambar di atas ini semuanya keluaran Jemari Seni Publishing. Seperti biasa saya hanya pesan melalui online sahaja. Saya kira mungkin lebih senang memesan secara online.

Anda nampak tajuk novel di atas? Maka tak perlulah saya senaraikan. Sengih.

Dalam banyak-banyak buku di atas, hanya sebuah aja yang saya dah buka. Iaitu novel Jaja & Din – Noor Suraya. Itu pun belum saya habiskan bacaan lagi. Lambat? Tidak. Bagi saya, buat apa hendak habiskan pembacaan dengan cepat-cepat, kalau kita tidak dapat menikmati jalan ceritanya 100%?

Membeli dan membaca buku bukan soal siapa yang lebih laju menghabiskan bacaan. Tetapi ia mengenai kepuasan ilmu dan pengajaran yang telah kita sedut dari buku tersebut.

Sebab tu, beli aja buku. Membacanya, cerita kedua.

Ada beberapa buah novel karya Hlovate yang saya dah baca. Dan novel tersebut dibeli sebenarnya untuk dijadikan koleksi dan dijaga dengan baik. InshaALLAh, boleh pinjamkan kepada sesiapa yang sudi.

Kadang-kadang ada yang cepat sangat habiskan baca buku, lepas tu ingatan terhadap cerita, watak dan peristiwa terhadap buku tersebut ditelan masa. Ataupun dalam erti kata lain, lupa. Agak tak best disitu.

Buku-Buku Motivasi Ustaz Amaluddin Napiah

Bawa Hatimu Kepada Tuhan

Buku di atas ini saya sedang baca. Alhamdulillah. Sangat menarik isinya. Dan susun atur ayatnya tidak berat, malah agak santai juga bagi saya. Jadi, sesuai untuk bacaan para remaja yang tidak sukakan penggunaan kata yang agak berat.

Buku ini berkisarkan tentang kehidupan yang sebelum ini dijalani dengan kerakusan dunia, lalu ingin membuka lembaran kehidupan yang baru untuk mengenali dan mengembalikan jiwa sang hamba kepada Tuhan.

Juga memberikan dorongan kepada setiap pembaca untuk berhenti melakukan kebiasaan dosa dan memberi harapan kepada para pembaca bahawa, walau sebesar dan seberat manapun dosa yang pernah dilakukan, ALLAh akan sentiasa ada untuk menerima. Yang penting, manusia itu sendiri mahu berubah untuk berada di jalan ALLAh.

Buku ini mendidik jiwa sebenarnya. Jiwa yang mungkin ketandusan dan merintih untuk pulang kepada Tuhannya. Wallahu’alam.

Lembutkanlah Hatimu~
Tuhan Itu Dekat~ Maka Berjalanlah Menujunya

Buku kedua dan ketiga karya Ustaz Amal yang saya belum baca. Moga ALLAh beri kesempatan untuk menghabiskannya.

Membaca novel tidak salah. Tapi pastikan anda bijak memilih novel. Dan, buku-buku ilmiah, sejarah serta buku motivasi janganlah pula ketepikan ya. Dan yang sangat penting, Al-Quran janganlah dibiarkan.

Al-Quran itu sumber hidup.

Menjawab Pertanyaan Saudara/i Gerry

Saya menerima soalan di kotak komen di sini. Baru saya perasan setelah melihat dashboard. Saudara/i Gerry bertanyakan perihal novel islamik.

Assalamu’alaikum kawan-kawan.

saya ingin brtanya, di mana saya bisa mendapatkan Novel2 Islami sprty Novel Tasawuf cinta.
saya pergi ke toko buku, tapi Novelnya tentang jihat semua, klwpun tntang cinta, tdak di dasarkan agama.

tlong beri tahu saya, di mna da yng jual Novel cinta yng brtajuk Islami sprti Novel Tasawuf Cinta.

Trimks

Wa’alaikumussalam Gerry.

Untuk memesan online, anda mungkin boleh terus ke laman web penerbit. Tetapi saya lebih suka berurusan dengan kedai buku online. Antaranya,

1 – Buku Online2U
2 – Pustaka Iman

Di situlah saya biasa memesan buku yang sukar untuk didapati di kedai buku. Jadi, saudara/i Gerry boleh terus ke blog mereka untuk melihat senarai buku dan cara-cara anda memesan buku.

Lagi, anda boleh terus berinteraksi dengan Tuan Punya Kedai. Harap anda bacalah post ini ya.

Harap membantu hatta sedikit cuma.

Semoga ALLAh merahmati.

4 thoughts on “Mari Membeli Buku #2

  1. minat publishing jemari seni n galeri ilmu ya? macam sama saja 🙂

    sy suka baca cepat, sbb banyak lagi buku nk baca n byk other thing nk buat. insyaAllah, ingat pengisian dan jln cerita 😉

      (Quote)

  2. oh ya, sy juga slalu pesan online. kt pustaka iman pun ada. boleh lihat testomanial pelanggan di blog pustaka iman -ariffah,yan besar . hehe 🙂

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *