Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

KEMI – Cinta Kebebasan Yang Tersesat

Assalamu’alaikum wbt.

KEMI - Cinta Kebebasan Yang Tersesat

KEMI – Cinta Kebebasan Yang Tersesat

Saya sedang baca buku ini.

Tajuk Novel : KEMI
(Cinta Kebebasan Yang Tersesat)

Saya suka, sebab penuh dengan fakta dan kajiannya yang bukan semata-mata cerita dongeng, tapi penuh fakta.

Bagaimana seorang santri (pelajar pondok) yang menjadi harapan Kyai Rois boleh terjebak dengan pemikiran-pemikiran liberal seperti ini malah menjadi antara orang yang menjadi tulang belakang pergerakan pemahaman ini.

Katanya semua agama sama. Konsep ketuhanan dalam semua agama sama.

Seorang pelajar pondok di sebuah negeri di Indonesia, Kemi (Ahmad Sukaimi) yang telah termakan dengan bait-bait indah Fursan untuk memperjuangkan kesemarataan hak beragama dalam semua agama meninggalkan pondok pengajiannya dan menuntut di Universiti yang mengajarkan mengenai semua agama, yang mana pelajarnya terdiri lebih kurang dalam 100 orang.

Perjuangan mereka mengatakan bahawa agama itu, semuanya sama. Semua Tuhan yang dianggap dalam semua agama itu, sama katanya.

Islam liberal.

Juga perjuangan Kemi, Siti dan Fursan yang didalangi Prof dan yayasan-yayasan yang mendukung gerakan Islam liberal. Atau Islam modenisasi. Bukan kesamarataan agama dan Tuhan sahaja yang diperjuangkan, malah kesamarataan diantara lelaki dan perempuan juga diperjuangkan.

Rahmat yang cerdas mindanya dan mengkaji dengan dalam tentang gerakan Islam liberal ini, tampil untuk membawa pulang Kemi dengan keizinan Kyai Rois.

Dan.. bersambung!

Sebab untuk siri pertama ini pun, saya belum khatam. Masih ada siri kedua dan ketiga seperti dalam gambar yang saya post beberapa hari lepas di dinding akaun facebook saya ini.

Tapi saya makin cinta untuk menyelami jalan ceritanya.. serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *