Cinta Ilahi dot Com Rotating Header Image

Hati Sebening Mata Air (U)

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Buku : Hati Sebening Mata Air - Amru Khalid

Hati Sebening Mata Air – Amru Khalid. Buku ini pemberian daripada seorang kakak yang berada nun jauh di seberang, Kak Nisa. Diterbangkan melalui kapal besi dan dihantar ke pintu rumah dengan kuda besi. Saya sudah khatam buku ni.

Isinya? Mantop!

Buku ini mengulas tentang sifat-sifat yang ada dalam diri manusia. Khususnya apa yang ada dalam hati manusia itu sendiri. Boleh dikatakan, penulis buku ini Amru Khalid, ingin mendidik hati manusia agar melembutkan hati berjalan dimuka bumi ini.

Sahabat cubalah membaca buku yang diterjemahkan dalam Bahasa Indonesia ni. InshaALLAh, bahasa indonnya tidaklah sepekat mana. Hampir 80% seperti Bahasa Melayu juga.

Ada beberapa bab yang sangat terkesan dihati. Antaranya, mengenai bab Ikhlas, Riya’, Taubat, Cinta ALLAh kepada Hamba-Nya, Tanda-tanda Cinta ALLAh kepada Hamba-Nya.

Bab pertama sahaja sudah menyentuh hati ini. Termuhasabah atas segala perbuatan selama hidup di dunia. Benarkah apa yang saya buat semuanya ikhlas lillahi ta’ala. Nah, bab ini memang sangat mengetuk pembacanya.

Betapa setiap perbuatan mahupun pengorbanan yang manusia lakukan itu tidak akan bererti di sisi ALLAh jika dilakukan bukan semata-mata kerana DIA yang SATU. Segala apa yang manusia sudah lakukan itu, hatta dia bongkok sekalipun, jika di dalam hatinya masih ada sifat riyak dalam perbuatan, maka ALLAh sikit pun tidak memandang amalannya.

Na’udzubillah. Moga dijauhkan kita dari sifat yang begitu.

Membaca tiap bait kata yang terkandung dalam buku ini, terasa si Penulis semacam berkata-kata dihadapan pembacanya. Betul. Ini apa yang saya rasa. Tidak tahu orang lain. Membaca buku ini, seolah-olah penulis ini sedang duduk dihadapan saya dan menasihati saya dengan lembut sambil tersenyum. Walhal, saya belum pernah melihat pun wajah penulis ini sebelum itu. Hehe.

Agaknya, disebabkan apa yang Amru Khalid tulis dalam bukunya ini adalah merupakan isi hati beliau. Oleh sebab itu, meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati pembaca. Benarlah, apabila sesuatu yang ditulis itu ikhlas terzahir dari hati, maka hati-hati insan lain juga akan tersentuh. InshaAllah.

Saya ada simpan cita-cita hendak menjadi penulis seperti beliau. Sengih.

Dalam buku ini, penulisnya mengulas satu persatu mengenai sifat-sifat manusia yang akan mendatangkan redha ALLAh SWT. Tidak kurang juga sirah-sirah dan kisah pengalaman sebenar orang lain yang diselitkan dalam buku ini. Sangat menyentuh hati. Apa yang pasti, beliau mengajak para pembacanya menjadi muslim yang sejati.

Mungkin apa yang saya ceritakan mengenai buku ini tidak terlalu sampai mesejnya. Maafkan saya. Oleh sebab itu, saya sarankan kepada sesiapa yang hatinya sedang dilanda keresahan, maka bacalah buku ini. Cubalah untuk mendidik hati, inshaALLAh. ALLAh akan lapangkan jiwa.

Semoga ALLAh merahmati.

 

4 Comments

  1. dnoBiz says:

    Dari ulasan ni, saya rasa buku ni memang menarik,
    nanti nak cuba cari di kedai buku berdekatan,
    Thanks

    [Balas Komen]

  2. zik says:

    pengisian yang mantap….

    [Balas Komen]

  3. ummu hurairah says:

    buku prtama yg sy beli slepas ditarbiah dari amru khalid jugak..kalam minal qalbi..dari hati ke hati.best..Amru khalid juga ada di youtube..Beliau buat rancagn tv mengenai nama2 Allah yg dihuraikan dgn sgt mndlm..most video subtitle in english

    [Balas Komen]

  4. Umairah says:

    Salam..
    ya,saya juga peminat buku2 yang ditulis oleh Amru Khalid.Tulisannya sangat menyentuh hati.Bacalah buku The Power of Ibadah..Kekuatan di sebalik ibadah.sangat2 menyentuh hati.

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>