Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

Buku

COVER Allah tidak Pernah Jauh

Tajuk : Allah Tidak Pernah Jauh
Penulis : Suhana Amiril

Sinopsis :
Mengajak kita untuk bermuhasabah atas setiap apa yang berlaku. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang DIA hadirkan sebagai ujian, kadangkala kita menjadi lemah tidak berdaya lalu terasa tiada harapan lagi. Padahal, DIA tidak hadirkan sesuatu itu sia-sia.

Naskhah ini menyentuh mengenai kehidupan kita dari pelbagai sudut yang penuh dengan kembara, mehna dan tribulasi. Gaya bahasanya yang santai sesuai sebagai bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan remaja yang masih berusaha mencantas ranting-ranting kehidupan yang adakalanya sukar difahami.

Harga :
RM19.90
Harga Termasuk Kos Pos Biasa :
RM23.00 Seluruh Malaysia

Klik di sini untuk sebarang pembelian.

KeranaDiaTuhanku

Tajuk : Kerana DIA Tuhanku
Penulis : Suhana Amiril

Sinopsis:
Mengharungi kehidupan di dunia, tidak pernah menjanjikan jalan yang indah. Adakalanya suram dan sedih. Tapi teruslah berjalan. Teruslah beramal. Bukan kerana manusia. Tapi kerana ALLAH.. Kerana DIAlah Tuhan kita. Bukankah itu sebenarnya sebuah cinta?

Jangan pernah lemah untuk berusaha. Apatah lagi apabila usaha itu menuju keredhaan ALLAH. Kerana akhirnya, kita tidak punya sesiapa, melainkan ALLAH. Maka mari kita sama-sama berjanji setia mahu jadi hamba yang dicintai-NYA.

Harga :
RM25.00
Harga Termasuk Pos : RM28.00 Seluruh Malaysia

 

Klik di sini untuk sebarang pembelian.