About

DSC_0793

tentang saya;
masih, sedang dan tetap menjadi seorang musafir ilmu.

Nama saya Suhana binti Amiril. Dilahirkan pada tahun 1990 di Sandakan, Sabah. Merupakan seorang penyuka buku dan penyuka aktiviti tulis menulis. Tetap kukuh dengan antara impian terbesar, untuk membuat kedua ibu bapa tersenyum gembira kerana diri ini.

Dengan bangganya saya katakan bahawa saya seorang Islam.

Mempunyai azam dan kesungguhan yang mendalam dalam bidang penulisan untuk mengunci dan menarik jiwa-jiwa manusia untuk sama-sama kembali kepada Yang Esa. Mungkin azam ini azam yang sangat besar. Mungkin juga saya akan ditertawakan. Namun jiwa ini juga telah memberanikan diri sendiri untuk memasang azam, maka langkah perlu diteruskan.

Sedang menjadi musafir ilmu dalam bidang Syariah dan Undang-Undang. Dengan izin Tuhan, perjalanan sebagai musafir ilmu ini akan diteruskan dengan lebih jauh dan jauh lagi.

Telah berjaya menerbitkan sebuah buku karya sulung pada bulan Mac 2013 yang bertajuk, “Allah Tidak Pernah Jauh” terbitan oleh Karya Bestari. Serius dalam hal penulisan, kerana penulisan itu adalah jiwa ini. Masih dalam langkah untuk buku-buku yang seterusnya.

Selain menulis di blog ini, saya juga menulis untuk StandUpGeneration.

Aku harus terus melangkah
Membuka mata melihat dunia
Mengambil manfaat dan ibrah
Dan memandang sebagai bekal di akhirat sana

Anda boleh cari saya di :
Facebook
Twitter
Tumblr

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *