Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

September, 2016:

AKU CHENTA ALLAH Sudah Terbit!

Bismillah.

AKU CHENTA ALLAH Karya ke-3 bersama Karya Bestari

AKU CHENTA ALLAH
Karya ke-3 bersama Karya Bestari

Alhamdulillah.

Sedikit lewat kemaskini di blog sendiri. Tapi berita baiknya, buku terbaru yang bertajuk AKU CHENTA ALLAH sudah siap dicetak sejak minggu lalu.

Bolehlah dapatkan di pasaran! *sengih luas

Kita, Kesedihan dan Tangisan

Bismillah.

Sepertimana perasaan gembira, maka perasaan sedih itu juga adalah anugerah dari Tuhan. Kawan, tiada salah untuk bersedih.

Sepertimana perasaan gembira, maka perasaan sedih itu juga adalah anugerah dari Tuhan. Kawan, tiada salah untuk bersedih.

Kesedihan dalam hidup itu adalah perkara biasa.

Sangat normal bila dalam hidup ini kita teruji dengan ruang masa dan waktu. Kita teruji dengan kewangan. Kita teruji dengan hubungan sesama manusia. Malah, adalah menjadi satu kemestian dalam hidup manusia teruji dengan pencapaian tentang sesuatu dalam hidup. Dipendekkan cerita, antara fakta terbesar dalam hidup manusia adalah,

MANUSIA AKAN SELALU TERUJI.

Dan dalam setiap ujian itu, banyak waktu pasti akan diiringi oleh kesedihan jiwa kita. Pernah tertanya-tanya tak, adakah kita sebenarnya perlu bersedih? Mestikah kita bersedih bila saat-saat berhadapan dengan ujian? Kenapa perlu bersedih?

HAKIKAT yang perlu kita sedar bahawa, perasaan sedih atau kesedihan itu adalah salah satu perasaan yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia. Menjadi manusia yang bersedih apabila terasa mahu bersedih dan menangis itu, tidak salah. Mahu bersedih, maka bersedihlah. Mahu menangis, maka silakan. Tiada siapa melarang untuk bersedih dan menangis. Dan tiada hukum yang menghukum bahawa menangis itu adalah dosa.

Jadi nanti bila satu saat, kau terasa mahu menangis kerana hanya dengan cara menangis boleh melegakan sedikit hatimu, maka menangislah. Jangan tahankan, luahkanlah.

Airmata itu adalah tanda kau sedang membina kekuatan..