Hati Kita Akan Buta

Bismillah.

Memaknakan kehidupan selagi hayat dikandung badan. Credit Picture : http://heggen.be/
Memaknakan kehidupan selagi hayat dikandung badan.
Credit Picture : http://heggen.be/

Cekap dan pantas jari-jemarinya memetik tali gitar. Walhal matanya tidaklah sesempurna mata orang lain yang boleh melihat alam ini. Saya berhenti seketika, mendengarkan irama yang dimainkannya. Oh, irama lagu tahun 90-an! Pernah juga saya bertemu dengan seorang insan yang kurang dari segi penglihatan tetapi memiliki suara yang merdu apabila melantunkan bacaan alQuran. Dan ramai lagi sebenarnya yang ada kelebihan tersendiri. Mereka buta mata. Tetapi hati mereka terang dan sempurna.

Dan sebenarnya, saya bukan hendak bercakap mengenai mata yang buta. Sebaliknya saya hendak bercerita mengenai hati yang buta. Apa yang kita faham tentang hati yang buta? Tetapi sebenarnya, mata yang buta itu adalah lebih baik daripada hati yang buta. Jika hati seseorang itu sudah buta, maka gelaplah hidupnya walaupun dia masih bernafas di dunia ini, berjalan ke sana sini tetapi hakikatnya macam mayat hidup.

Eh?

Continue reading “Hati Kita Akan Buta”

Bukan ALLAH Yang Jemu

Bismillah.

Allah tidak pernah jemu walaupun berkali-kali hamba-Nya memungkiri janji. Cuma kita ini. Kita ini yang bagaimana sebenarnya? Jangan jemu terhadap taubat kita.
Allah tidak pernah jemu walaupun berkali-kali hamba-Nya memungkiri janji. Cuma kita ini. Kita ini yang bagaimana sebenarnya? Jangan jemu terhadap taubat kita.

Apa perasaan kita kalau saya katakan bahawa Allah SWT tidak pernah jemu terhadap kita? Adakah hati kita akan menjadi lembut atau sebaliknya? Atau adakah hati kita akan rasa hancur luluh beserta malu kepada Allah SWT, atau terasa tiada apa-apa? Jawapannya, saya tidak tahu. Hanya saya, kamu dan kamu sahaja yang tahu jawapan akan persoalan-persoalan ini. Carilah jawapan didalam hatimu.

Cuba bayangkan ini. Bilamana seseorang manusia sering kali menipu kita dan menyusahkan kita, malah membuat kita turut serta terjatuh dalam lembah masalah berkali-kali walaupun sebenarnya kita tiada kena mengena dengan perbuatannya kerana perbuatannya itu adalah pilihannya sendiri. Kita pastinya akan mula hilang sabar dan jemu dengan perangai orang itu. Saya yakin! Kerana alasan kita, tahap kesabaran seseorang itu akan tercabar juga kalau keadaan sedemikian.

Maka apakah kita akan terus bertahan untuk berkawan dengan orang yang sedemikian setelah sekian lama kita nasihati dirinya dan mengasihi dirinya sepertimana kita mengasihi orang lain? Saya boleh katakan, akan sampai waktu yang kita akan membiarkan kawan kita itu untuk merasai kesan perbuatannya sendiri dan berharap serta berdoa dia cepat-cepat sedar. Bukan kerana mahu memutuskan silaturrahim dengannya, tapi memberinya waktu untuk sedar dan rasa sendiri kesan perbuatannya.

Tetapi Maha Suci Allah SWT, Dia tidak begitu terhadap kita. Hitunglah banyak mana dosa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita, maka kita sendiri akan merasa malu. Tetapi tetap sahaja sehingga hari ini kita masih hidup dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Itu belum lagi kita kira bagaimana Allah SWT memelihara aib kita supaya kita tidak malu di hadapan ribuan manusia. Nikmat manakah lagi yang mahu kita dustakan?

Continue reading “Bukan ALLAH Yang Jemu”

Teruskan Atau Berputus Asa?

Bismillah.

Usaha, putus asa dan kejayaan itu hanya dipisahkan oleh satu garis nipis. Maka kita kita memilih untuk berusaha demi kejayaan, selamanya itu adalah jalan yang terbaik.
Usaha, putus asa dan kejayaan itu hanya dipisahkan oleh satu garis nipis. Maka kita kita memilih untuk berusaha demi kejayaan, selamanya itu adalah jalan yang terbaik.

Banyak kali rasanya dalam kehidupan ini kita berhadapan dengan situasi yang di mana kita berada dalam dua persimpangan. Adakalanya kita terasa sudah sangat tidak mampu untuk berhadapan dengan situasi tersebut atau kita sudah tiada daya untuk menghabiskan apa yang telah kita mulakan. Saya sangat pasti, kita semua pernah berada dalam situasi yang sedemikian. Sama ada mahu meneruskan langkah yang telah dimulakan. Atau mengakhirinya sebelum tamat. Dan biasanya mengakhiri sesuatu sebelum tamat itu meninggalkan luka yang dalam.

Kadang-kadang kita meragui kemampuan diri sendiri. Kita mengatakan bahawa kita takkan mampu lagi untuk sesuatu itu. Kita rasa diri kitalah yang paling lemah. Diri kitalah yang sangat tiada masa depan. Tapi ada waktu-waktu yang kita sangat yakin pada diri sendiri. Kita sangat yakin sehingga kita mengatakan bahawa dengan bantuan Allah SWT, kita pasti berjaya dengan apa sahaja yang kita sedang hadapi atau yang kita sedang lakukan. Namun sejauh mana keyakinan kita itu dalam menempuh hidup?

Pada saya, semua perasaan itu normal atau biasa. Kita semua pernah mengalaminya. Kita semua pernah melalui perasaan mahu berputus asa, takut dan tidak berdaya. Tapi apa yang membezakan kita semua? Mahu tahu? Yang membezakan setiap dari kita adalah, dia yang sejengkal sahaja lagi mahu berhenti, namun tetap meneruskan langkahnya walau beribu kali dia pernah rasa mahu berputus asa dalam hidup.

Itu bezanya, kawan.

Continue reading “Teruskan Atau Berputus Asa?”

Kategori Baru Yang Baru Terfikir

Bismillah.

Kebanyakan manusia mempunyai mata. Tapi tidak semestinya kita melihat dari sisi yang sama. Perbezaan pendapat itu mesti ada. Kalau tidak, bosanlah dunia. Credit Picture : by Zero Kun
Kebanyakan manusia mempunyai mata. Tapi tidak semestinya kita melihat dari sisi yang sama. Perbezaan pendapat itu mesti ada. Kalau tidak, bosanlah dunia.
Credit Picture : by Zero Kun

Setelah sekian lama, baru terfikir.

Mungkin saya tidak akan betah dengan tinggal di laman facebook atau instagram untuk ketikan puisi-puisi saya yang terhasil. Dan tempat sebaiknya puisi-puisi yang cacat serta tidak sempurna itu bersemadi adalah di dalam blog ini.

Saya ada saja buku nota. Yang didalamnya kutuliskan semua perkara. Namun, tetap saja perlunya saya rasa untuk semadikan di dalam sini. Jadi timbul idea ini, biar ada kategori khusus untuk ‘PUISI’ agar senang saya jejaki. Mana tahu esok-esok ter-asah bakat yang tumpul, dan terbit pula buku puisi dari hati? *senyum senget

Siapa lagi mahu memotivasikan diri, kalau bukan kita sendiri kan?

Jadi mungkin saya akan kitar semula puisi-puisi lama yang saya pernah tuliskan. Dan kebarangkalian untuk kemaskini semua tidak mengikut turutan itu ada. Walaupun setiap orang ada definisi dia terhadap bagaimanakah puisi itu seharusnya, dan begitu juga saya. Saya tetap mengalu-alukan komen kritik dan saran.

Apa signifikannya gambar entri berupa cermin mata dengan kategori baru? Hmm. Entahlah. Cumanya, saya memang perlukan cermin mata baru sekarang ini.

Jadi, ya! Semoga bertemu dalam entri-entri yang akan datang. Kbai