Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

August 4th, 2016:

5 Cara Bagaimana Untuk Gembira

Jika kau mahu gembira, maka kau kena belajar untuk menghargai dan menggembirakan diri sendiri. Credit Picture : by Candymax

Jika kau mahu gembira, maka kau kena belajar untuk menghargai dan menggembirakan diri sendiri.
Credit Picture : by Candymax

Semalam semasa saya duduk sendiri, tertanya juga saya mengenai kegembiraan seorang manusia. Apa sebenar-benarnya erti kegembiraan pada seseorang? Bagaimana kegembiraan tersebut diukur? Adakah kegembiraan itu sebenarnya sesuatu yang menjadi kepuasan dan utama untuk dicapai dalam hidup?

Jika anda pengguna media sosial, anda dapat melihat ‘kegembiraan’ orang lain melalui gambar-gambar yang dimuatnaik dan dikongsikan kepada orang lain. Secara automatik, otak kita akan mendefinisikan bahawa itu adalah kegembiraan mereka. Tapi saya tidak fikir kegembiraan yang itu, adalah definisi kegembiraan yang sebenarnya.

Justeru, bagaimana untuk gembira?

Gembirakanlah diri dengan mengikut cara anda. Kerana anda lebih faham siapa diri anda, anda lebih kenal siapa diri anda, dan anda tahu kemampuan diri anda. Tetapi, adalah tidak menyakitkan jika saya mahu berkongsi bagaimana cara untuk gembira, kan? Sekurang-kurangnya, ini adalah apa yang saya buat untuk membuat saya menghargai diri sendiri dan menghargai Allah SWT. Mungkin sedikit bosan.

Tapi, hey! Yang bosan itu bukanlah tidak bermanfaat. Sengih!

(more…)