Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

August, 2016:

Bersahaja Dengan yang Namanya Kritikan

Bismillah.

critism

Kita ni manusia.

Walau positif macam mana pun kita ini orangnya, kalau ada kritikan yang sangat tajam menghina dan tidak berasas, terasa jugalah hati kecil kita. Kita akan rasa macam, eh apa hak orang itu kritik dan menghina kita? Kalau apa yang dia cakapkan itu betul, tidak mengapalah juga. Ini, hanyalah sekadar kritikan penghinaan dan mungkin kebencian.

Boleh jadi tergugahlah juga kesabaran kita yang tipis ini.

Tapi nanti dulu. Ambillah masa sejenak untuk berfikir mengenai banyak hal-hal kecil. Misalnya, berfikir tentang buat apa kita hendak tergugah dengan kritikan yang tidak membina yang kita tahu terang-terang hanya berlandaskan ketidakpuasan hati orang lain terhadap kita? Kerana saya percaya, orang yang memberi kritikan membina kepada seseorang yang lain, tidak disertai dengan rasa mahu pun pandangan kebencian.

Kritikan yang membina tidak akan memalukan seseorang yang lain dengan menyentuh perkara-perkara peribadi seseorang itu atau pun kelemahannya sebagai seorang manusia. Kritikan yang membina, adalah suatu pandangan dari seseorang kepada yang lain dengan tujuan membantu dan memberikan pendapatnya untuk memperbaiki suatu kelemahan atau pun perkara-perkara yang terlepas pandang. Dengan cara yang betul. Dan bukannya dengan cara menghina atau pun mengaibkan.

Jadi, bertenanglah dan teruskan membaca. 😀

(more…)

Bakal Terbit : AKU CHENTA ALLAH

Bismillah.

AKU CHENTA ALLAH cover

AKU CHENTA ALLAH cover front

Setinggi-tinggi dan sebanyak-banyak serta selama-lamanya puji dan puja,
mohon rayu kecintaan kepada Allah.

Buku ke-TIGA saya bakal terbit tidak lama lagi, insya-Allah!

Antara Kita dan Waktu

Bismillah.

Sesederhana apapun kita di dunia, atau apa adanya kita. Mesti kita akan terfikirkan yang terbaik buat diri kita dan insan-insan kesayangan kita. Credit Pic : http://endegor.deviantart.com/

Sesederhana apapun kita di dunia, atau apa adanya kita. Mesti kita akan terfikirkan yang terbaik buat diri kita dan insan-insan kesayangan kita.
Credit Pic : http://endegor.deviantart.com/

Melihat seorang demi seorang dalam kalangan kawan-kawan yang melalui fasa demi fasa dalam kehidupan, jujurnya buat saya bahagia. Yang kita saksikan pernah tertangguh kejayaan, akhirnya berjaya dalam bidangnya. Yang dulunya kita kenal perangainya hanya suka main-main, akhirnya berbicara dengan serius mengenai hidup dan kebahagiaan di dunia. Yang berniaga dan sedang meluaskan perniagaan dan kepakarannya.

Dan yang jadi apapun mereka, yang masih kenal kita sebagai seorang kawan lama.

Betullah. Seseorang itu akan berubah seiring waktu menuju kedewasaan. Masing-masing akan mula memikirkan kelangsungan hidup. Kelangsungan cita-cita dan impian. Tidak kurang yang sedang berusaha mewujudkan sebuah syurga di dunia untuk keluarganya.

Namun ada satu perkara yang membuat saya tertarik untuk memikirkannya. Apapun yang sedang kita lalui. Kegusaran yang pernah dan sedang kita hadapi. Kesempitan dari segi kewangan atau hal lainnya. Ada insan yang pernah mengalami semua ini sebelum kita. Mereka itu mewujudkan apa yang pernah kita alami, yang tidak pernah kita terfikirkan dahulu. Yang kita tahu dulu, semuanya sudah tersedia. Apa yang kita mahu, kita pinta dan terus dikabulkan dengan cara mereka yang tersendiri.

(more…)