Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

June, 2016:

DIAM itu Adakalanya Kekuatan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ada perkara yang kita tidak perlu membuka mulut. Kerana cukup diam kita itu adalah jawapan yang benar. Credit Picture by Abhinav

Ada perkara yang kita tidak perlu membuka mulut. Kerana cukup diam kita itu adalah jawapan yang benar.
Credit Picture by Abhinav

Dunia sekarang, medan media sosial sangat luas dan bebas digunakan oleh sesiapa sahaja. Saya teringat bagaimana saya pernah terbaca dan mencoroti komen demi komen yang berbaur amarah dan hasutan mengenai satu-satu isu serta merendah-rendahkan diri orang lain. Tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan menyentuh isu-isu peribadi yang merupakan kelemahan dan keaiban.

Sedih untuk saya katakan bahawa seiring teknologi yang canggih dan bebas digunakan, maka sebahagian orang semakin kehilangan akhlak yang baik. Saya jadi sedar, hakikat ini adalah zaman yang sedang kita diami sekarang. Saya percaya kalian mesti setuju, bukan.

Justeru sekarang, mari kita berbalik kepada diri sendiri wahai kawan. Cuba kita bertanya kepada diri sendiri. Pernahkah kita terjebak dengan perdebatan di media sosial yang hanya membangkitkan amarah dan nafsu perdebatan yang membawa pada permusuhan? Kalau tidak pernah, alhamdulillah. Kekalkan untuk berusaha menjaga akhlak yang baik dan menjadi contoh kepada masyarakat.

Siapa pernah berhadapan dengan situasi dan orang-orang yang suka provok atau cucuk seseorang supaya bangkit kemarahannya? Saya mungkin boleh mengatakan bahawa kita semua pernah melaluinya. Iyalah, hidup di dunia ini macam-macam ada.

Mungkin juga orang pernah salah faham dengan kita. Atau mungkin kita tersilap sehingga orang menyangka yang bukan-bukan.

(more…)

Mencari Ketenangan Di Dunia

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kadang-kadang derita itu ada sebab kita yang cipta lantaran kita tidak menghargai kebahagiaan. Credit Picture: http://t0xicsoul.deviantart.com/

Kadang-kadang derita itu ada sebab kita yang cipta lantaran kita tidak menghargai kebahagiaan.
Credit Picture: http://t0xicsoul.deviantart.com/

Dalam kesibukan dunia yang semakin hari semakin membuat ramai orang kini resah dan gelisah, ketenangan dan kedamaian hati itu seolah-olah sudah tidak wujud dan tidak dapat dicapai lagi. Sebelum tidur, memikirkan hal dunia. Bangkit dari tidur setiap pagi, selalu sahaja kita dikejutkan dengan berita-berita dan kejadian-kejadian yang membimbangkan di seluruh pelusuk alam. Dan kita hanya mampu membaca.

Cuba lihat dunia kita kini. Jenayah berleluasa, manusia semakin hilang pertimbangan. Mungkin juga kerana kesempitan hidup. Kemalangan kenderaan darat, kenderaan udara meningkat di sana sini. Peperangan di negara-negara lain juga turut menarik fikiran kita. Apapun saya pasti, kita semua ada ujiannya masing-masing.

Saya teringat ketika saya dan kawan-kawan sepengajian ditugaskan untuk memahami gerak kerja di Mahkamah Syariah Kuantan. Saya dan beberapa kawan ditempatkan di pejabat pentadbiran Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selama dua hari. Dan selama dua hari itu juga macam-macam jenis kes yang saya dapat ketahui dengan hanya membelek fail-fail. Antaranya yang tertinggi adalah penceraian di usia muda. Sejujurnya, hal seperti ini sedikit sebanyak membuat saya terfikir-fikir.

Malapetaka alam juga kita dapat lihat sejak kebelakangan ini. Terlalu banyak yang berlaku. Seolah-olah dunia ini mahu memberitahu bahawa bumi ini sudah tua untuk menanggung kesan daripada perbuatan-perbuatan manusia. Di manakah ketenangan? Wahai!

(more…)

Jangan KAU Ambil Nyawaku

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture by Invisible Mart

Credit Picture by Invisible Mart

Biar pun rasa tidak layak, tapi selalukanlah merintih dan berdoa pada Allah Ta’ala. Dia yang akan mendengar pengaduan darimu tanpa menilai dan tidak memalukanmu tidak seperti manusia.

“Ya Allah.. Jangan KAU ambil nyawaku dan matikan aku sebelum KAU sudah benar-benar redha dengan diriku.”

Kadang-kadang terasa takutnya mati. Takut mati sebab tahu bahawa amal kita ini nanti layak atau tak disembahkan di hadapan Allah nanti. Amal-amal kita selama ini, kita takut Allah pandang tak? Itu belum kira soal ikhlaskah kita atau tidak.

Sebab itu, ungkapan ini..

“Ya Allah.. Jangan KAU ambil nyawaku dan matikan aku sebelum KAU sudah benar-benar redha dengan diriku.”

Akan selalu membuat kita sedar,
bahawa kita bukannya sesiapa di dunia ini.

Kerana akhirnya yang akan menjadi penilai kita,
adalah Allah Ta’ala.

Suhana Amiril
1155 PM
02062016