Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

May, 2016:

Bersemangat Kerana Allah!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ketika mana banyak sebab untuk kau berputus asa, kau kena ingat bahawa jauh lebih banyak lagi sebab untuk kau terus kuat dan berusaha! Credit Picture: http://narkozmrt.deviantart.com/

Ketika mana banyak sebab untuk kau berputus asa, kau kena ingat bahawa jauh lebih banyak lagi sebab untuk kau terus kuat dan berusaha!
Credit Picture: http://narkozmrt.deviantart.com/

Saya teringat lama dahulu saya pernah berkata begini di depan seorang sahabat, “Semoga Allah ampunkan aku. Cuma kadang-kadang rasa tiada semangat sudah untuk menjalani kehidupan. Rasa macam.. Entahlah.” Saya menjatuhkan pandangan di atas meja sebelum memandang jauh ke jalan raya besar. Masih saya ingat lagi saat-saat itu.

Tiba-tiba sahabat itu kata, “Mayat hidup. Kau mayat hidup.” Terus reaksi saya macam, “Huh?!” Sudahlah mukanya seakan tiada perasaan. Lepas tu dia menyambung, “Orang yang tiada semangat mahu hidup tapi masih belum mati, itulah yang dipanggil mayat hidup. Mahu jadi mayat hidup, itu pilihan kau.” Lepas tu dia boleh sengih. Saya yang mahu melayan perasaan, tiba-tiba jadi hairan lepas tu tiba-tiba jadi blur.

Dulu mungkin saya tidak faham. Tapi kini, insya-Allah saya faham. Walaupun ada waktu-waktunya kekosongan menyapa hidup sesekali. Mungkin sebab kelalaian sendiri atau terlepas pandang di mana-mana sudut kehidupan. Bila dalam keadaan begitu, cepat-cepatlah bangun dari rasa kekosongan. Isi kekosongan biar sampai berasa.

Betullah, orang yang katanya dia sudah tiada semangat untuk hidup dan masih tetap hidup sebenarnya adalah mayat hidup. Tidak bersemangat sebab hidup kita tidak seperti yang kita inginkan? Silakan. Tapi sekali anda memilih untuk berada dalam zon putus asa yang sebenar-benarnya putus asa, kita bukan sahaja menzalimi diri kita sendiri. Tetapi juga telah menzalimi keluarga yang menyayangi kita dan seluruh orang yang mengenali kita.

Untuk sebuah semangat, kita perlu berusaha..

(more…)

Yang Terzahir Bukan Penentunya

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kena beringat, pandangan pertama kita terhadap manusia selalu salah. Apatah lagi jika kita hanya memandang sekali dalam persinggahan perjalanan. Credit Picture: picture-by-perfectired-of-devianart

Kena beringat, pandangan pertama kita terhadap manusia selalu salah. Apatah lagi jika kita hanya memandang sekali dalam persinggahan perjalanan.
Credit Picture: picture-by-perfectired-of-devianart

Selalu sahaja pandangan dan nilaian pertama manusia itu sangat salah. Bukanlah hal tersebut jarang-jarang terjadi, malah selalu sangat terjadi dalam kehidupan kita. Lagi-lagi dalam hal menilai manusia dengan hanya membaca riak wajahnya dari kejauhan. Kadang-kadang tu, kita ‘cop’ seseorang itu sombong atau tidak peramah walaupun kita sebenarnya tidak pernah menyapa apatah lagi berusaha untuk mendekati dirinya.

Pernah terjadi begini kepada kalian?

Kita terlupa sebenarnya kawan, adakalanya yang terzahir itu bukanlah keseluruhan hal yang sebenar-benarnya mewakili perangai, pekerjaan dan kehidupan seseorang. Kita memang cepat untuk membuat andaian. Bagilah tugasan untuk menghukum perangai seseorang itu hanya dengan membawa ekspresi wajahnya, pasti kitalah juara!

Sedangkan orang yang kita sangka jahat, sebenarnya itulah orang yang baik. Orang yang kita sangka tidak peramah, sebenarnya itulah orang yang akan menyambut huluran perkenalan kita. Orang yang kita sangka tidak bergaul selain dari golongan sepertinya, boleh saja bergaul dengan ramai manusia. Nampak? Ada banyak kemungkinan yang boleh berlaku dalam hidup kita. Maka kerana itu, kita perlu beringat-ingat.

Kerana hal yang sama boleh terjadi kepada kita.

(more…)

Kita Belajar Dari Kehidupan Ini

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hidup ini misteri. Meskipun misteri, ada banyak yang kita boleh belajar dari kehidupan. Mahu membuka mata hati atau tidak sahaja persoalannya. Credit Picture: http://samantha-meglioli.deviantart.com/

Hidup ini misteri. Meskipun misteri, ada banyak yang kita boleh belajar dari kehidupan. Mahu membuka mata hati atau tidak sahaja persoalannya.
Credit Picture: http://samantha-meglioli.deviantart.com/

Insomnia itu sebenarnya bukan satu kebanggaan. Betapa insomnia sebenarnya adalah musuh kepada tidur. Pusing ke sebelah kanan dan kiri serba tak kena. Akhirnya, minda mulai berfikir macam-macam hal dan persoalan hidup yang sebenarnya menambahkan lagi subjek untuk otak lebih bekerja dan mata tidak mahu terlena. Bagi yang move on dengan ibadah-ibadah di kesepian malam, tahniah saya ucapkan! Selain struggle untuk tidur, anda malah struggle untuk melakukan ibadah malam.

Jangan tiru saya, saya update blog dan it’s so obvious I sat infront of my laptop! 😀

Saya dan sahabat-sahabat pembaca sedia maklum, beberapa bulan kebelakangan ini hujan sangat segan untuk menunjukkan diri membasahi bumi. Bahang dan sinaran matahari pula dengan cerianya menghangatkan bumi sehingga banyak kes hutan terbakar di sini dan di sana. Inilah aturan alam dan sesuai dengan apa yang Allah SWT izinkan. Dan kita manusia? Bila panas, meminta hujan. Bila hujan, meminta supaya hujan cepat berhenti. Wahai! Bilalah manusia hendak bersyukur.

*ter-zret diri sendiri*

(more…)