Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

May 7th, 2016:

Bersemangat Kerana Allah!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Ketika mana banyak sebab untuk kau berputus asa, kau kena ingat bahawa jauh lebih banyak lagi sebab untuk kau terus kuat dan berusaha! Credit Picture: http://narkozmrt.deviantart.com/

Ketika mana banyak sebab untuk kau berputus asa, kau kena ingat bahawa jauh lebih banyak lagi sebab untuk kau terus kuat dan berusaha!
Credit Picture: http://narkozmrt.deviantart.com/

Saya teringat lama dahulu saya pernah berkata begini di depan seorang sahabat, “Semoga Allah ampunkan aku. Cuma kadang-kadang rasa tiada semangat sudah untuk menjalani kehidupan. Rasa macam.. Entahlah.” Saya menjatuhkan pandangan di atas meja sebelum memandang jauh ke jalan raya besar. Masih saya ingat lagi saat-saat itu.

Tiba-tiba sahabat itu kata, “Mayat hidup. Kau mayat hidup.” Terus reaksi saya macam, “Huh?!” Sudahlah mukanya seakan tiada perasaan. Lepas tu dia menyambung, “Orang yang tiada semangat mahu hidup tapi masih belum mati, itulah yang dipanggil mayat hidup. Mahu jadi mayat hidup, itu pilihan kau.” Lepas tu dia boleh sengih. Saya yang mahu melayan perasaan, tiba-tiba jadi hairan lepas tu tiba-tiba jadi blur.

Dulu mungkin saya tidak faham. Tapi kini, insya-Allah saya faham. Walaupun ada waktu-waktunya kekosongan menyapa hidup sesekali. Mungkin sebab kelalaian sendiri atau terlepas pandang di mana-mana sudut kehidupan. Bila dalam keadaan begitu, cepat-cepatlah bangun dari rasa kekosongan. Isi kekosongan biar sampai berasa.

Betullah, orang yang katanya dia sudah tiada semangat untuk hidup dan masih tetap hidup sebenarnya adalah mayat hidup. Tidak bersemangat sebab hidup kita tidak seperti yang kita inginkan? Silakan. Tapi sekali anda memilih untuk berada dalam zon putus asa yang sebenar-benarnya putus asa, kita bukan sahaja menzalimi diri kita sendiri. Tetapi juga telah menzalimi keluarga yang menyayangi kita dan seluruh orang yang mengenali kita.

Untuk sebuah semangat, kita perlu berusaha..

(more…)