Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January, 2016:

Gembira Kita Kerana Apa

Assalamu’alaikum w.b.t

Kadang-kadang kita lupa, kita gembira kerana hal yang baik atau buruk? Banyak waktu kita tidak ingat, Allah redha atau murka?

Kadang-kadang kita lupa, kita gembira kerana hal yang baik atau buruk? Banyak waktu kita tidak ingat, Allah redha atau murka?

Kita senang hati apabila gembira. Bila kita gembira, terasa semua urusan seharian pun menjadi mudah. Hati itu terasa berbunga-bunga. Apatah lagi apabila kita dapat menggembirakan dan membahagiakan kedua ibu bapa kita. Perasaan itu, heaven!

Dan selalunya, bila kita gembira kita akan menyebarkan pula positif kegembiraan tersebut. Dan moga-moga dengan kegembiraan itu, orang-orang sekeliling pula mendapat tempias kegembiraan. Sebaliknya jika kita bersedih dan tidak gembira, perasaan itu juga sedikit sebanyak dapat dikesan oleh orang-orang yang terdekat dengan kita. Which is, no good. Biasalah, adat hidup memang begitu. Ada waktu gembira, ada waktu tidak. Tapi apapun, jalanilah hidup ini dengan seadanya.

Pun begitu, kalau kita gembira pernah atau tak kita pernah terfikir kegembiraan kita itu berpunca kerana apa? Maksud saya, adakah gembira kita itu kerana gembira sebab kebaikan atau kerana gembira sebab sudah buat keburukan? Pernah terfikir?

(more…)

Digigit Kesejukan: Hulurkan Sumbangan!

Assalamu’alaikum w.b.t

Abaikan tarikh tutup dalam gambar ini. Credit Picture: Aqsa Syarif

Abaikan tarikh tutup dalam gambar ini.
Credit Picture: Aqsa Syarif

Bila tonton cerita di TV, negara-negara yang sejuk itu seronok sungguh. Orang boleh bermain salji. Buat orang salji. Main baling-baling ketulan ais. Lari sana lari sini, berkejaran sambil temani dengan hilai tawa. Ada juga kita lihat baring di atas ais salji itu, menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya. Seronoknya tu sampai kita pun pasang hajat nak merasa pengalaman main dengan salji. Sebab utamanya, negara kita tiada musim sejuk atau musim salji turun. Kita jadi teringin nak rasa.

Antara yang teringin tu termasuklah saya.

Itu dulu. Oh sekejap, sekarang pun saya masih simpan hajat, kalau diizinkan oleh Tuan Punya Dunia, saya nak rasa macam mana sebenarnya berada di tengah-tengah langit yang salji sedang turun dengan indahnya ke bumi. Tapi saya ada satu masalah.

Saya tidak tahan sejuk!

Dan kerana saya tidak tahan sejuk, saya tahu sedikit sebanyak macam mana rasanya cuaca yang sejuk boleh membuatkan saya menjadi lemah fizikal sampailah meresap ke tulang rasanya. Dan saya cuba membayangkan saudara-saudara kita di Syria yang tempatnya sekarang sedang mengalami musim sejuk. Tidak dapat saya bayangkan duduk dalam khemah yang tidak tebal dalam keadaan di luar sedang bersalji.

(more…)

Syukur Terhadap Yang Sedikit

Assalamu’alaikum w.b.t

Bila seseorang itu dapat mensyukuri yang sedikit, maka dia akan lebih mensyukuri yang banyak. Credit Picture : https://www.pinterest.com/ambreen9400/

Bila seseorang itu dapat mensyukuri yang sedikit, maka dia akan lebih mensyukuri yang banyak.
Credit Picture : https://www.pinterest.com/ambreen9400/

Menjadi orang yang selalu berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang dia ada, sangat menyenangkan. Orang yang selalu bersyukur dan berterima kasih dengan perkara-perkara kecil yang berlaku dalam hidupnya, pasti akan menjadi seorang yang sangat bersyukur apabila mendapat nikmat lebih banyak dalam hidupnya. Sebaliknya, jika seseorang itu susah berterima kasih untuk hal-hal yang kecil, maka dia juga akan kurang menghargai hal-hal yang besar dalam hidupnya.

Saya percaya.

Percaya atau tidak, orang yang tidak pernah bersyukur, bahkan kufur terhadap nikmat-nikmat dalam hidup yang walaupun kelihatan kecil, tidak akan pernah bijak untuk berterima kasih kepada Tuan Punya Dunia untuk nikmat yang banyak. Tapi ironinya, tidak jarang manusia yang kurang bersyukur itu sering kali berjanji kepada Tuan Punya Dunia bila nanti diturunkan nikmat, mereka akan jadi orang yang bersyukur.

Terlalu ironi. Ini boleh berlaku kepada sesiapa saja. Boleh saja berlaku kepada diri saya, kamu dan kamu. Betapa sebenarnya kita ni terlalu cepat lupa pada nikmat yang Allah SWT berikan. Betul, kan? Fikir-fikir, malunya kita kepada Allah SWT.

(more…)