Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January 9th, 2016:

Digigit Kesejukan: Hulurkan Sumbangan!

Assalamu’alaikum w.b.t

Abaikan tarikh tutup dalam gambar ini. Credit Picture: Aqsa Syarif

Abaikan tarikh tutup dalam gambar ini.
Credit Picture: Aqsa Syarif

Bila tonton cerita di TV, negara-negara yang sejuk itu seronok sungguh. Orang boleh bermain salji. Buat orang salji. Main baling-baling ketulan ais. Lari sana lari sini, berkejaran sambil temani dengan hilai tawa. Ada juga kita lihat baring di atas ais salji itu, menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya. Seronoknya tu sampai kita pun pasang hajat nak merasa pengalaman main dengan salji. Sebab utamanya, negara kita tiada musim sejuk atau musim salji turun. Kita jadi teringin nak rasa.

Antara yang teringin tu termasuklah saya.

Itu dulu. Oh sekejap, sekarang pun saya masih simpan hajat, kalau diizinkan oleh Tuan Punya Dunia, saya nak rasa macam mana sebenarnya berada di tengah-tengah langit yang salji sedang turun dengan indahnya ke bumi. Tapi saya ada satu masalah.

Saya tidak tahan sejuk!

Dan kerana saya tidak tahan sejuk, saya tahu sedikit sebanyak macam mana rasanya cuaca yang sejuk boleh membuatkan saya menjadi lemah fizikal sampailah meresap ke tulang rasanya. Dan saya cuba membayangkan saudara-saudara kita di Syria yang tempatnya sekarang sedang mengalami musim sejuk. Tidak dapat saya bayangkan duduk dalam khemah yang tidak tebal dalam keadaan di luar sedang bersalji.

(more…)

Syukur Terhadap Yang Sedikit

Assalamu’alaikum w.b.t

Bila seseorang itu dapat mensyukuri yang sedikit, maka dia akan lebih mensyukuri yang banyak. Credit Picture : https://www.pinterest.com/ambreen9400/

Bila seseorang itu dapat mensyukuri yang sedikit, maka dia akan lebih mensyukuri yang banyak.
Credit Picture : https://www.pinterest.com/ambreen9400/

Menjadi orang yang selalu berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang dia ada, sangat menyenangkan. Orang yang selalu bersyukur dan berterima kasih dengan perkara-perkara kecil yang berlaku dalam hidupnya, pasti akan menjadi seorang yang sangat bersyukur apabila mendapat nikmat lebih banyak dalam hidupnya. Sebaliknya, jika seseorang itu susah berterima kasih untuk hal-hal yang kecil, maka dia juga akan kurang menghargai hal-hal yang besar dalam hidupnya.

Saya percaya.

Percaya atau tidak, orang yang tidak pernah bersyukur, bahkan kufur terhadap nikmat-nikmat dalam hidup yang walaupun kelihatan kecil, tidak akan pernah bijak untuk berterima kasih kepada Tuan Punya Dunia untuk nikmat yang banyak. Tapi ironinya, tidak jarang manusia yang kurang bersyukur itu sering kali berjanji kepada Tuan Punya Dunia bila nanti diturunkan nikmat, mereka akan jadi orang yang bersyukur.

Terlalu ironi. Ini boleh berlaku kepada sesiapa saja. Boleh saja berlaku kepada diri saya, kamu dan kamu. Betapa sebenarnya kita ni terlalu cepat lupa pada nikmat yang Allah SWT berikan. Betul, kan? Fikir-fikir, malunya kita kepada Allah SWT.

(more…)

Oh Hai Tahun 2016!

Assalamu’alaikum w.b.t

Terlalu awal untukku mengenali, 2016!

Terlalu awal untukku mengenali, 2016!

Ceritanya, sudah hari ke-9 dalam tahun 2016.

Bila bercakap pasal tahun baru, seperti biasa ramai orang akan bercakap mengenai azam baru mereka. Ada yang memasang azam untuk mencapai beberapa perkara dalam hidupnya untuk tahun 2016 ini. Ada juga yang bercakap mengenai azam mereka pada tahun lepas tidak terlaksana dan akan dibawa untuk dilaksanakan pada tahun 2016 ini.

Well, that is normal. Itu biasa. Perkara biasa orang akan memasang azam atau pun hendak mencapai sesuatu dalam hidup, orang ada goal, orang ada matlamat untuk dipenuhi dan yang sewaktu dengannya. Fikir saya, itu memang positif. Sekurang-kurangnya kita masih berfikir untuk memajukan diri dengan memasang atau set apa yang perlu dicapai pada tahun ini. Yang parahnya ialah apabila kita langsung tidak mahu mencapai atau melakukan apa-apa pada tahun yang berganti ini.

Oh! Dan tahniah kepada anda yang berjaya mencapai kesemua azam atau beberapa perkara dalam hidup anda pada tahun lepas! Syabas mere bete! Kudos to you! You’re such a strong and brave person to achieved all the things that you wished to done in year 2015. Mesti ada satu kepuasan dalam diri, kan? Puas hati!

(more…)