Sepetang Bersama Kopi Wonda

Assalamu’alaikum w.b.t

A cup of coffee wont hurt you, my friend. :) Location : Permatang Badak, Kuantan Pahang.
A cup of coffee wont hurt you, my friend. 🙂
Location : Permatang Badak, Kuantan Pahang.

Tengah buat kerja pada suatu petang. Acah-acah orang yang sibuk. Tapi semua kerja tak dapat jalan. Seperti ada terasa sesuatu yang kekurangan. Angkat jari-jemari dari papan kekunci komputer riba. Menyandarkan badan di kerusi. “Perlu keluar ni!” Kata hati ini.

Maka saya bersiap-siap. Mengenakan seluar, sarung tudung dan sneaker. Oh baju, memanglah sarung sekali, haish! Tidak dilupakan sempat dicapai komputer riba jenama ceri (okey tipu =p). Dalam kereta, sebenarnya saya tidak tahu hendak ke mana. Sandakan ni, hendak kata kecil, Sandakan ni besar dan luas. Cuma kalau otak tengah kakuh, begitulah jadinya.

Sudah sampai ke kawasan Bandar Prima, saya u-turn semula ke bandar. Lagu-lagu bersilih ganti dimainkan dalam perut Hilya. Tempat mana yang saya tuju? Taman Tun Razak.

Sudah lama tidak ke taman ini. Dulu-dulu masa sekolah renda sehingga menengah, rajinlah kaki menapak bersama kawan-kawan. Lepak-lepak menghadap laut, buat bising berdekatan dengan pasangan yang berdating yang mana selalunya, pasangan tersebut akan blah. Sebab jengkel dengan perbuatan kami. Hihi. Kenangan juga tempat ni sebenarnya. Senyum.

Masuk taman ini, saya jadi segar. Saya cuma perlukan udara yang segar sebenarnya.

Continue reading “Sepetang Bersama Kopi Wonda”

Kegembiraan Itu Ialah Bila Kita Redha

Assalamu’alaikum w.b.t

Location : Urban Cafe, Sandakan Sabah.
Location : Urban Cafe, Sandakan Sabah.

Apa khabar? Semoga anda sihat-sihat iman dan jasad di samping keluarga dan orang-orang yang disayangi dan dicintai. Semoga menempuh hari-hari gembira, ya.

Kegembiraan itu subjektif. Kegembiraan tidak boleh diukur hanya dengan seseorang itu banyak wang ringgit atau harta, atau rumah yang besar, atau kereta yang banyak yang diletak di halaman rumah atau banyaknya emas yang terkumpul atau betapa bergayanya seseorang itu dalam pemakaian. Eh, banyak pula ataunya. Tapi ya, begitulah.

Ada perkara yang kita suka, tetapi bukan perkara itu yang kita dapat. Ada perkara yang kita tidak suka, maka perkara itu yang kita dapat. Kalau kata Allah SWT perkara itulah yang akan terjadi dalam hidup kita lepas kita berusaha, maka itulah yang akan terjadi. Nanti-nanti, adalah tu hikmahnya. Syarat mahu mencapai dan menyedari hikmahnya? Caranya, jangan kesal. Jangan menyalahkan Allah SWT dengan berkata kenapa Allah SWT tak buat macam ni, macam tu.

Diam. Bersyukur. Dan jalani kehidupan anda.

Continue reading “Kegembiraan Itu Ialah Bila Kita Redha”