KEMI – Cinta Kebebasan Yang Tersesat

Assalamu’alaikum wbt.

KEMI - Cinta Kebebasan Yang Tersesat
KEMI – Cinta Kebebasan Yang Tersesat

Saya sedang baca buku ini.

Tajuk Novel : KEMI
(Cinta Kebebasan Yang Tersesat)

Saya suka, sebab penuh dengan fakta dan kajiannya yang bukan semata-mata cerita dongeng, tapi penuh fakta.

Bagaimana seorang santri (pelajar pondok) yang menjadi harapan Kyai Rois boleh terjebak dengan pemikiran-pemikiran liberal seperti ini malah menjadi antara orang yang menjadi tulang belakang pergerakan pemahaman ini.

Katanya semua agama sama. Konsep ketuhanan dalam semua agama sama.

Seorang pelajar pondok di sebuah negeri di Indonesia, Kemi (Ahmad Sukaimi) yang telah termakan dengan bait-bait indah Fursan untuk memperjuangkan kesemarataan hak beragama dalam semua agama meninggalkan pondok pengajiannya dan menuntut di Universiti yang mengajarkan mengenai semua agama, yang mana pelajarnya terdiri lebih kurang dalam 100 orang.

Perjuangan mereka mengatakan bahawa agama itu, semuanya sama. Semua Tuhan yang dianggap dalam semua agama itu, sama katanya.

Continue reading “KEMI – Cinta Kebebasan Yang Tersesat”