Jangan Hakimi Hidup Orang Lain

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Menghakimi orang lain tidak akan menjadikan kita mulia. Credit Picture : http://www.lovethispic.com/
Menghakimi orang lain tidak akan menjadikan kita mulia.
Credit Picture : http://www.lovethispic.com/

Satu hal yang saya lebih pelajari apabila ‘membaca’ kehidupan orang lain ialah, jangan terus menghukum seseorang yang kita lihat pada zahirnya begini dan begitu. Apatah lagi jika kita tidak pernah dekati orang tersebut, yang kita langsung tidak kenali dan kita hanya mendengar desas desus mengenai si fulan atau fulanah, dan terus kita menghukum dia dengan pelbagai andaian yang bermain di minda. Kerana kita tidak pernah tahu, bahawa bebanan apa yang sedang ditanggungnya dalam jiwanya yang tersembunyi itu.

Adalah tidak adil jika kita terus menghukum, bukan?

Dan apakah apabila ada seseorang datang kepada kita, menceritakan kisah kehidupannya yang mungkin boleh menjadi perkara yang buruk atau baik, maka kita terus mencela dia dengan makian? Jangan. Bukan begitu Islam dan Rasulullah mengajar kita.

Kawan, bukankah datangnya dia berkongsi bebanan jiwanya adalah kerana dia mempercayai kita, dan di dalam hatinya itu pasti terkandung harapan untuk mendapat sokongan moral dari kita sekurang-kurangnya. Kalau tidak mampu memberikan sokongan dari segi wang ringgit, maka berikanlah sokongan semangat padu kepadanya.

Continue reading “Jangan Hakimi Hidup Orang Lain”