Apresiasi : CintaIlahi Hidup Kembali!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : http://blog.funeralone.com/
Credit Picture : http://blog.funeralone.com/

Lebih kurang seminggu atau dua minggu yang lepas, saya sepatutnya memperbaharui sewa tahunan untuk laman blog cintailahi.com ini. Tapi saya terlupa. Dan tahu-tahu saja sudah tidak boleh diakses. Urmm well, something that never happened before.

Dan pada hari tersebut, saya membuka peluang kepada sesiapa sahaja mahu berkongsi kebaikan untuk menyambung hayat blog ini, yang mana jaminannya pada saya, bahawasanya saya akan terus menulis dan berusaha menulis yang baik-baik sahaja sesuai dengan tema; Menulis kerana Cinta (membuah cinta). Akhirnya, ada beberapa orang sent me a messages in personal untuk turut sama menyumbang. And me just like,

“Oh God.. Please bless their life for their kindness!”

And here it is! Weblog atau blog ini sudah kembali berfungsi. Terima kasih. Jazakumullahu khair untuk sumbangan. And part yang paling mengharukan sekali which is, mereka ini tidak mahu disebutkan nama mereka. Cukup saya dan mereka sahaja yang tahu. Allah, sungguhlah. Orang-orang yang hatinya mahu berusaha kerana Allah, biar Allah sahaja yang tahu amalnya. Tidak mahu diketahui oleh orang ramai, apatah lagi disebut-sebut.

Jadi, saya akan terus menulis di sini. Dan inshaAllah akan terus menghasilkan karya. Oh ya, sahabat semua.. Jangan lupa dapatkan karya kedua saya, ya!

Buku yang berjudul ‘Kerana Dia Tuhanku!’.

Cinta Ilahi,
tidak diragui.

Semoga ALLAh merahmati.

Cerpen : Kau Sorga atau Neraka?

Credit Picture : http://www.lintas.me
Credit Picture : http://www.lintas.me

Zaini dan Yunz jalan beriringan memasuki pusat membeli-belah diantara yang terbesar di kota metropolitan ini. Langkah mereka menuju ke super market yang berada di dalam bangunan tersebut. Mata Zaini melilau melihat ramainya manusia pada malam ini. Yunz, jalan bersahaja sambil tangan kanannya memegang kunci kereta. Wajahnya selamba.

“Ramainya orang! Diorang ni tak pandai penat ke? Mall ni dari pagi sampai ke malam tak pernah lengang. Sesak betul weh!” Kata Zaini dengan nada yang sedikit tinggi tapi kedengaran bercampur rimas dan keluhan.

Yunz pandang Zaini, “Huh. Diorang pun ada tujuan juga datang mall ni. Paling cikai pun, ada yang datang dating buang masa. Tujuan juga tu. Kau apasal pula?” Yunz pandang Zaini dengan pandangan jerk.

“Takdalah. Aku pening tengok ramai sangat orang ni.. Aduh!” Balas Zaini.

“Aku tak kisah. Yang aku tahu, aku nak beli barang keperluan aku. Lepas tu blah. Apa ada hal? Kau beli jelah apa yang kau mahu. Hirau orang lain apasal? Memeningkan diri sendiri mamat ni.” Yunz geleng kepala.

Continue reading “Cerpen : Kau Sorga atau Neraka?”