Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

May, 2015:

Sabar Itu Kekuatan Manusia

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : Dari Pak Google Sabar itu bukanlah pilihan ketiga diantara dua pilihan. Eh?

Credit Picture : Dari Pak Google
Sabar itu bukanlah pilihan ketiga diantara dua pilihan. Eh?

Kalau terasa pernah disakiti dalam hidup ini, sangatlah boleh kalau kita memilih untuk menjadi orang yang menyakiti semula orang yang menyakiti kita. Sangatlah boleh jika apa yang bakal kita lakukan untuk menyakiti orang itu, melebihi apa yang kita buat kepada kita.

Tapi! Ya, ada tapinya.

Orang-orang yang memikirkan kebaikan akhirat dan ketenangan jiwa dalam hidup semasa di dunia, malah orang yang meletakkan Allah Ta’ala yang paling utama dalam hidupnya, pasti tidak akan melakukan perbuatan tersebut. Itu antara ciri-ciri orang yang mahu disayang Tuhan. Tidak akan menyakiti semula orang yang menyakitinya.

Dan semua itu, melalui perantaraan SABAR.

Berbeza sekali diantara orang yang sabar dan orang yang tidak sabar. Orang yang sabar akan sentiasa tenang, air muka juga tenang. Orang yang tidak sabar, sentiasa dilanda keresahan dan benak penuh kebimbangan. Semua orang tahu mengenai sabar, tapi tidak semua mampu melakukannya. Sebab itu, orang-orang yang sabar itu istimewa.

Jadi, adakah kita semua orang yang sabar? Senyum.

(more…)

Review : Pilot Kakuno Fountain Pen

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Pilot Kakuno Fountain Pen

Pilot Kakuno Fountain Pen

Mengimbau segala kenangan kembali, apabila pulang berkunjung untuk bercuti ke Filipina, satu-satunya perkara penting yang menarik minat saya ialah Pen dan Buku. Waktu kecil, saya tidak kisah jika hanya duduk di rumah tanpa bersiar-siar makan angin di luar asalkan di tangan saya ada buku nota dan pen. Dan bila tiba masanya untuk balik ke Malaysia, saya masih ingat lagi kakak sulung saya akan bertanya, “Mahu kakak belikan apa?”

Jawapan saya, “Mahu buku diari. Buku diari yang ada kunci-kunci tu.. Dan pen sekali!”

Saya suka mencatat apa-apa sahaja di atas kertas. Orang yang paling bersabar dengan hasil contengan saya di atas buku nota yang menganduni terma-terma medik adalah abang saya (haha). Maka, untuk menghasilkan catatan demi contengan, sebuah pen berpengaruh besar. Tanpa pen, maka tiadalah namanya tulisan tangan. Melainkan taip di komputer.

Saya lari dari kebiasaan kali ini. Mahu berkongsi mengenai sebuah pen atau fountain pen yang sesuai untuk beginner dengan harga yang agak berpatutan untuk sebuah fountain pen.

Orang lain lama dah buat review. Saya baru nak buat. Tak apalah. Since tak ramai yang buat review mengenai pen ini di Malaysia dengan serius, maka sesuatu yang tak menyakitkan kalau saya buat. Buat apa yang kita suka, inshaAllah senang hati. Sengih.

Memperkenalkan, Pilot Kakuno Fountain Pen! *clap*clap*

(more…)

Bersabarlah Dengan Dirimu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : https://dawatussalafiyyah.wordpress.com Kita sedang mendidik diri. Kerana itu kita perlu besar dengan lebih. Diri kita ini, tanggungjawab kita.. Sabarlah, jangan membenci diri sendiri..

Credit Picture : https://dawatussalafiyyah.wordpress.com
Kita sedang mendidik diri. Kerana itu kita perlu besar dengan lebih. Diri kita ini, tanggungjawab kita.. Sabarlah, jangan membenci diri sendiri..

Pernah menjadi seseorang yang hidup dalam zaman jahiliyah sendiri, rasanya tidak semudah yang disangka. Apabila Allah Ta’ala sudi memilih kita untuk mengenal tempias tarbiah, kita akan menoleh ke belakang dan melihat betapa banyaknya masa yang telah terbuang oleh kita pada waktu dahulu. Dan sepatutnya rasa itu mendorong kita menjadi seseorang yang membantu orang lain untuk keluar dari zaman jahiliyah mereka.

Bila toleh kembali ke zaman-zaman yang penuh kelalaian, terasa sebak dijiwa. Banyaknya dosa. Banyaknya waktu terbuang begitu sahaja. Dan berapa tahun tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim terabai begitu sahaja. Allah.. Perit. Sungguh perit.

Pun begitu, kita sebenarnya sepanjang hayat ini masih tetap perlu berjuang untuk tidak terjerumus dengan hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang lalai. Kerana orang Muslim yang sebenar-benarnya mengejar cinta Ilahi, bukanlah seseorang yang suka kepada hal-hal yang melalaikan. Apatah lagi berlama-lama dalam kelalaian tersebut.

Anda perlu percaya satu hal ini, syaitan banyak cara untuk menjatuhkan manusia.

Maka, dalam hal mendidik diri dan orang lain.. Kita perlu ada seni kesabaran. Sabar itu penting. Sabar juga boleh mengubah suatu keadaan. Percaya? Ya, saya percaya.

(more…)