Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

April, 2015:

Cinta Itu Menurutmu Bagaimana?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Cinta yang baik, membawa ke arah kebaikan. Cinta yang tidak baik, membawa kepada keburukan.

Cinta yang baik, membawa ke arah kebaikan. Cinta yang tidak baik, membawa kepada keburukan.

Cinta itu indah. Namun menyemai cinta sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Setiap jiwa menginginkan cinta. Namun tidak semuanya jelas cinta bagaimana yang diinginkannya. Cinta yang mahu kekal sampai ke akhirnya, tidak semudah yang diungkapkan. Betul?

Semua orang boleh berbicara mengenai cinta. Dan cinta itu, didefinisikan dengan definisi masing-masing mengikut kehendak jiwa. Ada yang mengatakan bahawa cinta itu seperti A, ada yang mengatakan bahawa cinta itu adalah B. Dan ada yang akan memberi definisi bahawa cinta itu adalah seperti Z. Pandangan masing-masing terhadap cinta itu, berbeza.

Tapi, apa sebenarnya cinta itu?

Cinta, adalah suatu perasaan yang Allah berikan terhadap semua makhluk di atas dunia ini. Cinta itu, yang fitrahnya suci dari Tuhan. Namun, iyalah.. Datang kepada manusia, cinta itu menjadi pelbagai corak. Tapi, hey! Itu satu keseronokan. Keseronokan melihat bagaimana manusia membawa definisi cinta itu ke dalam hidupnya.

Ada orang, cintanya itu lebih kepada Tuhannya. Tiada yang dapat memenangi hatinya untuk lebih dicintai selain Tuhannya. Ada orang, cintanya itu sekadar melepas nafsu berlainan jantina. Ada orang, cinta itu adalah menyantuni pasangan sama ada suami atau isteri dan sama-sama berusaha untuk kekal sehingga ke syurga. Ada juga yang mencintai manusia lainnya, bukan kerana manusia itu sendiri, tapi mencintai kerana Allah.

Mungkin dalam kalangan manusia, akan memahami manusia dengan cara yang berperingkat-peringkat. Ketika umur masih muda remaja yang masih mentah, definisi cinta baginya itu terlalu sempit. Ketika umur meningkat dewasa, cinta itu definisinya jadi lain. Pemikiran yang bertambah matang, dan dipengaruhi cara pandangnya kerana telah banyak melalui pengalaman hidup. Dan ketika mana manusia semakin tua, definisi cinta juga berubah. Mungkin di usia yang semakin tua, definisi cintanya hanyalah melihat pasangannya dan anak-anaknya bahagia. Who knows, right? Macam saya katakan, maksud yang banyak.

Dan kita, apa definisi cinta itu pada kita?

(more…)

Kerana Masa Depan Itu Tanggungjawab

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : http://liajedi.deviantart.com/

Credit Picture : http://liajedi.deviantart.com/

Saya berbual dengan seorang kawan satu bidang semasa belajar dulu. Isi perbualan kami berputar mengenai hal-hal negara, hal-hal kehidupan peribadi, dan juga hal-hal masa depan diri sendiri. Mungkin kerana faktor ekonomi negara atau apa yang sedang terjadi dalam negara, membuatkan kami kami rancak bersetuju untuk bersembang-sembang mengenal hal-hal tersebut. Adalah juga terasa diri ini sudah tua. Serius benar perbincangan kami.

Memikirkan masa depan sendiri, dengan automatiknya akan terfikirkan oleh kita mengenai harapan ibu bapa kepada kita. Tanggungjawab kita untuk menyenangkan mereka, memenuhi kehendak dan keperluan mereka, berbakti tenaga untuk mereka. Itu pemikiran normal sebagai seorang anak. Tidak lupa juga, kita akan memikirkan diri sendiri untuk menjadi seseorang yang berjaya. Dan yang terpentingnya, bagaimana untuk kita menjadikan diri kita ini menjadi seseorang yang bermanfaat bukan hanya untuk keluarga, tapi juga untuk ummah dan negara. Ya saya tahu, kedengaran seperti sesuatu yang sangat serius. Begitulah.

Saya boleh katakan, memikirkan semua itu juga adalah salah satu fikrah. Percaya? Kita akan mula berfikir mengenai hal-hal yang demikian apabila umur kita semakin banyak (hakikatnya semakin sikit). Kita tidak perlu dipaksa untuk berfikir mengenai hal itu semua. Akan datang satu kesedaran dalam diri kita untuk menuju ke arah yang kita fikir-fikirkan.

Dan itulah sebenarnya tanggungjawab. Yeap! Kita sedang memikirkan tanggungjawab. (more…)