Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

April 2nd, 2015:

Kerana Masa Depan Itu Tanggungjawab

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : http://liajedi.deviantart.com/

Credit Picture : http://liajedi.deviantart.com/

Saya berbual dengan seorang kawan satu bidang semasa belajar dulu. Isi perbualan kami berputar mengenai hal-hal negara, hal-hal kehidupan peribadi, dan juga hal-hal masa depan diri sendiri. Mungkin kerana faktor ekonomi negara atau apa yang sedang terjadi dalam negara, membuatkan kami kami rancak bersetuju untuk bersembang-sembang mengenal hal-hal tersebut. Adalah juga terasa diri ini sudah tua. Serius benar perbincangan kami.

Memikirkan masa depan sendiri, dengan automatiknya akan terfikirkan oleh kita mengenai harapan ibu bapa kepada kita. Tanggungjawab kita untuk menyenangkan mereka, memenuhi kehendak dan keperluan mereka, berbakti tenaga untuk mereka. Itu pemikiran normal sebagai seorang anak. Tidak lupa juga, kita akan memikirkan diri sendiri untuk menjadi seseorang yang berjaya. Dan yang terpentingnya, bagaimana untuk kita menjadikan diri kita ini menjadi seseorang yang bermanfaat bukan hanya untuk keluarga, tapi juga untuk ummah dan negara. Ya saya tahu, kedengaran seperti sesuatu yang sangat serius. Begitulah.

Saya boleh katakan, memikirkan semua itu juga adalah salah satu fikrah. Percaya? Kita akan mula berfikir mengenai hal-hal yang demikian apabila umur kita semakin banyak (hakikatnya semakin sikit). Kita tidak perlu dipaksa untuk berfikir mengenai hal itu semua. Akan datang satu kesedaran dalam diri kita untuk menuju ke arah yang kita fikir-fikirkan.

Dan itulah sebenarnya tanggungjawab. Yeap! Kita sedang memikirkan tanggungjawab. (more…)