Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

February, 2015:

Anak Muda dan Penulisan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Menulislah. Menulislah. Menulislah. Sehingga penamu menjadi senjata.

Menulislah. Menulislah. Menulislah.
Sehingga penamu menjadi senjata.

Awal tahun 2015 ini, saya banyak berfikir mengenai penulisan, membaca penulisan, dan memikirkan akibat buku dan penulisan yang besar mana impaknya akan meninggalkan sejarah pada satu-satu zaman. Ternyata, tulisan itu bukanlah sesuatu yang enteng kerana wujud dalam dada-dada sejarah, buku dan tulisan mampu menggugah.

Saya gembira melihat penulisan makin mendapat tempat dihati orang ramai, lagi-lagi anak muda yang seperti saya. Soal niat? Itu bukan urusan saya. Kerana apa yang saya mahukan dan para penulis mahukan adalah, penulisannya sampai kepada masyarakat dan tulisannya mampu menjadi saksi akan manfaat penulisannya di akhirat kelak. Saya kira itu adalah harapan tertinggi para penulis. Pada saya, sejujurnya, penulisan yang baik itu adalah membawa manusia untuk kembali kepada Allah SWT.

Anak muda dan penulisan – untuk di zaman ini dan zaman yang akan datang, saya sangat berpegang pada pendapat saya bahawa, seharusnya anak muda dan penulisan yang bermanfaat itu berpisah tiada. Kenapa? kerana sekarang ramai yang boleh menulis, tapi tidak ramai yang benar-benar mampu menumpahkan penulisan yang bermanfaat untuk menjadi tatapan ummah. Dan untuk itu, bukan sedikit pengorbanan yang seharusnya dilakukan.

(more…)