Cinta Itu Ada Harga Atau Free?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Cinta itu bukanlah free. Dan bukan juga ada harganya.
Cinta itu bukanlah free. Dan bukan juga ada harganya.

Beberapa minggu yang lepas, saya telah diamanahkan atau dalam erti kata lain diupah oleh makcik sendiri untuk menjadi jurugambar untuk majlis perkahwinan sepupu saya.

Mari bercakap (baca:saya tulis, anda baca) mengenai cinta. Saya maksudkan, cinta sesama manusia. Sebetulnya, saya jarang bercakap atau menulis mengenai cinta seseorang dengan seseorang yang lain. Tapi di entri ini, saya mahu menyentuh sedikit soal cinta. Boleh?

Apa itu cinta?

Kerapkali apabila bercakap mengenai cinta, mahu mengaku atau tidak, first impression seseorang atau bayangan di minda seseorang terus akan terbang kepada maksud cinta diantara lelaki dan perempuan. Ini hakikat. Erti CINTA menjadi sempit disebabkan oleh pemikiran tipikal dalam kalangan kita. Sebut cinta, itu mesti diantara lelaki dan perempuan.

Maka saya tertanya-tanya. Adakah cinta itu percuma atau ada harganya? Adakah cinta itu hanya mencintai sahaja dan terus dapat jasad seseorang yang kita cinta? Atau ada perlu yang kita lakukan sebelum bersama dengan orang yang dicintai untuk kehidupan yang tenang?

Sebuah pertanyaan. Yang pastinya, sweet sahaja tidak cukup untuk hidup.

Kalian ada jawapan?
Mahu berkongsi? Silakan.

Semoga ALLAh merahmati.

Karya Kedua : Kerana DIA Tuhanku

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Karya kedua - buah oren - Kerana Dia Tuhanku
Karya kedua – buah oren –
Kerana Dia Tuhanku

Saya gembira sangat ni.
Tsumma walhamdulillah!

Karya kedua dalam perjalanan untuk terbit. Cover dah keluar. Saya dimaklumkan, dalam bulan depan bakal terbit. Yang pastinya, sebelum PBAKL 2015 dah terbit.

Alhamdulillah.

Semua ini adalah kurnia Tuhanku. Tiada sedikit pun kerana upayaku kalau bukan kerana restu-Nya. Doa dan sokongan ibu bapa, dan sahabat-sahabat yang mendoakan, para penulis senior yang selalu menyokong, guru-guru dalam penulisan yang selalu memberikan semangat dan qudwah dalam tingkah, semoga Allah balas kebaikan yang diberikan, dengan ganjaran yang lebih baik!

Belum laju. Tapi sedang me-laju.
Bi iznillah.

🙂 🙂 🙂 🙂

FAQ : Mana nak dapatkan buku ni?

Boleh dapatkan dari Karangkraf Mall, kedai-kedai di seluruh Malaysia, atau boleh dapatkan dari saya sendiri bila sudah terbit (dan ada stok saya) nanti.

Continue reading “Karya Kedua : Kerana DIA Tuhanku”

Cerpen : Percaya Seorang Sahabat #2

Percaya itu dengan hati. Hati yang tidak sangsi. Credit Picture : http://blackjack0919.deviantart.com/
Percaya itu dengan hati. Hati yang tidak sangsi.
Credit Picture : http://blackjack0919.deviantart.com/

Fathin bangun pukul 4 pagi.

Usai azan berkumandang beberapa ketika, Fathin menapak turun ke surau di aras 2. Menunaikan solat subuh. Selepas itu Fathin berdiri mengambil al-Quran yang terletak di rak buku dalam surau, membaca beberapa lembar al-Quran sebelum naik ke bilik melepaskan telekung dan seterusnya mendobi pakaian. Aktiviti biasa dihujung minggu.

Beratur bakul pakaian hendak didobi.

Fathin masuk bilik semula. Memjerang air segera dan membancuh kopi panas. “Yana, nak air tak? Saya buat sekali ni.” Yana yang pagi-pagi lagi sudah hanyut dalam kisah novel yang dibacanya sambil mengelap airmata tersengih mengalihkan pandangan dari novel ke arah Fathin, “Ya Allah.. Nak tolong buatkankah, Fathin? Takyah susah-susah weh. But if you insist, apa salahnya. Haha!” Fathin menggeleng-geleng geli hati. “Agak dah..” Fathin tertawa.

Menghadap komputer, membuka folder assignment. Fathin menyandarkan seketika badan ke kerusi. Gaya ala-ala Datuk Bandar yang banyak masalah untuk difikirkan. ‘Okey, sikit lagi. Lepas tu siap. Then me gonna buy a books for myself today. You can do it, Fathin!’ Tiga jam Fathin menghadap laptop untuk menyiapkan tugasan undang-undang kontrak. Akhirnya siap! Tinggal touch up sikit sahaja lagi masa hendak print nanti.

Continue reading “Cerpen : Percaya Seorang Sahabat #2”

Anak Muda dan Penulisan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Menulislah. Menulislah. Menulislah. Sehingga penamu menjadi senjata.
Menulislah. Menulislah. Menulislah.
Sehingga penamu menjadi senjata.

Awal tahun 2015 ini, saya banyak berfikir mengenai penulisan, membaca penulisan, dan memikirkan akibat buku dan penulisan yang besar mana impaknya akan meninggalkan sejarah pada satu-satu zaman. Ternyata, tulisan itu bukanlah sesuatu yang enteng kerana wujud dalam dada-dada sejarah, buku dan tulisan mampu menggugah.

Saya gembira melihat penulisan makin mendapat tempat dihati orang ramai, lagi-lagi anak muda yang seperti saya. Soal niat? Itu bukan urusan saya. Kerana apa yang saya mahukan dan para penulis mahukan adalah, penulisannya sampai kepada masyarakat dan tulisannya mampu menjadi saksi akan manfaat penulisannya di akhirat kelak. Saya kira itu adalah harapan tertinggi para penulis. Pada saya, sejujurnya, penulisan yang baik itu adalah membawa manusia untuk kembali kepada Allah SWT.

Anak muda dan penulisan – untuk di zaman ini dan zaman yang akan datang, saya sangat berpegang pada pendapat saya bahawa, seharusnya anak muda dan penulisan yang bermanfaat itu berpisah tiada. Kenapa? kerana sekarang ramai yang boleh menulis, tapi tidak ramai yang benar-benar mampu menumpahkan penulisan yang bermanfaat untuk menjadi tatapan ummah. Dan untuk itu, bukan sedikit pengorbanan yang seharusnya dilakukan.

Continue reading “Anak Muda dan Penulisan”