Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January, 2015:

Tips : Membaca Dengan Berkesan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Membaca itu mengembara.

Membaca itu mengembara.

Saya suka membaca.

Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang membaca maksimum 3 buah buku dalam masa seminggu. Dan orangnya yang begitu gigih dalam bidangnya, membaca pula bahan bacaan ilmiah. Yang pada kebanyakan orang, buku-buku yang dibaca oleh beliau itu bukanlah tajuk yang ‘ringan’. Kata beliau, “mahu mengejar dunia..”.

Dan sejak itu, saya tersuntik semangat untuk membaca dan cuba memahami dan memanfaatkan bahan bacaan walau tidak bersuara. Saya tertanya-tanya, kalau orang yang mengejar dunia itu pun boleh rajin membaca. Maka orang yang mengejar akhirat itu, kenalah lebih lagi. Biar usaha berganda. Betul?

Tahun ini, saya cabar diri sendiri untuk baca 100 buah buku!

Tapi apa yang hendak saya kongsikan bukanlah cara-cara untuk mengejar bilangan buku yang akan dibaca dalam masa seminggu. Saya nak kongsi, bagaimana untuk stay focus dengan bahan bacaan yang kita ada. Kalau kita mampu untuk membaca buku lebih dari sebuah dalam masa seminggu, itu bagus. Kalau tidak, maka mungkin tips ini berguna.

Tidak banyak. 5 perkara ini sahaja.

(more…)

Muhasabah : Apa Amalku Hari Ini?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : http://th05.deviantart.net/

Credit Picture : http://th05.deviantart.net/

Besar maknanya kehidupan ini.

Hidup di dunia, bukan atas dasar diriku, diriku. Dirimu, dirimu. Tapi semuanya semacam tali untuk saling berpautan, saling melengkapi, saling memerlukan. Tiada manusia yang suka untuk hidup bersendirian. Golongan introvert yang agak awkward bergaul pun, masih memerlukan manusia untuk bersosial. Bukan hidup sendiri tiada arah.

Tapi hidup ini juga membawa kepada satu persoalan. Persoalan tentang diri kita sendiri. Hubungan dengan manusia lain itu, satu tuntutan. Tetapi hubungan dengan Allah, mengatasi tuntutan-tuntutan lain di atas dunia ini. Antara diri kita dengan Allah SWT.

Sikap mementingkan diri apabila berada dalam komuniti, kurang elok. Apatah lagi jika berada dalam konteks ehsan sesama manusia. Tetapi sikap mementingkan diri dalam beramal kepada Allah SWT, itu memang perlu. Sikap mementingkan diri jenis itu, bererti sentiasa melihat diri sendiri dan risau dalam amalannya kepada Allah SWT.

Terfikirkan hal seperti ini, membuat diri termenung akan amalan sendiri.

(more…)

Dosa Yang Pertama Kali Dalam Sejarah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : www.quickmeme.com/ Sombong bukan milik sekalian manusia di dunia. Sebab itu, pada siapa sombong, Allah akan murka.

Credit Picture : www.quickmeme.com/
Sombong bukan milik sekalian manusia di dunia. Sebab itu, pada siapa sombong, Allah akan murka.

Selama saya hidup, saya belajar bahawa, orang yang sombong tidak akan mendapat kebahagiaan dan ketenangan. Saya belajar bahawa, orang yang sombong boleh bergembira tetapi tidak mendapatkan kedamaian. Kerana dalam hatinya sentiasa merasakan kekurangan dan kebimbangan yang tanpa dijemput. Resah sepanjang masa.

Fikirannya sentiasa kusut dan negatif!

Justeru, saya jadi tidak faham kenapa ada orang berjalan dengan lagak sombong di dunia ini. Kerana saya tahu, kesombongan itu tidak memberikan ketenangan dan merosakkan hati!

Sejarah kesombongan pertama, tidak pernah luput dari ingatan orang-orang Islam. Kesombongan yang membawa kepada kebinasaan dan murka Allah. Kesombongan yang menjanjikan api neraka adalah tempat kembali. Kesombongan pertama kali yang tanpa disusuli taubat, telah merugikan si pelakunya! Kesombongan yang tidak akan dilupakan!

Siapa si sombong pertama? Iblis.

(more…)