Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January 28th, 2015:

Tips : Membaca Dengan Berkesan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Membaca itu mengembara.

Membaca itu mengembara.

Saya suka membaca.

Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang membaca maksimum 3 buah buku dalam masa seminggu. Dan orangnya yang begitu gigih dalam bidangnya, membaca pula bahan bacaan ilmiah. Yang pada kebanyakan orang, buku-buku yang dibaca oleh beliau itu bukanlah tajuk yang ‘ringan’. Kata beliau, “mahu mengejar dunia..”.

Dan sejak itu, saya tersuntik semangat untuk membaca dan cuba memahami dan memanfaatkan bahan bacaan walau tidak bersuara. Saya tertanya-tanya, kalau orang yang mengejar dunia itu pun boleh rajin membaca. Maka orang yang mengejar akhirat itu, kenalah lebih lagi. Biar usaha berganda. Betul?

Tahun ini, saya cabar diri sendiri untuk baca 100 buah buku!

Tapi apa yang hendak saya kongsikan bukanlah cara-cara untuk mengejar bilangan buku yang akan dibaca dalam masa seminggu. Saya nak kongsi, bagaimana untuk stay focus dengan bahan bacaan yang kita ada. Kalau kita mampu untuk membaca buku lebih dari sebuah dalam masa seminggu, itu bagus. Kalau tidak, maka mungkin tips ini berguna.

Tidak banyak. 5 perkara ini sahaja.

(more…)