Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January 8th, 2015:

Mengasingkan Diri Dari Keburukan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : clock_stop_by_crilleb50

Credit Picture : clock_stop_by_crilleb50

Usai subuh, saya bersiap-siap untuk keluar. Sudah saya titipkan mesej pesanan ringkas kepada mama, mengkhabarkan bahawa saya keluar awal pagi. Dan akan terus lepak di perpustakaan awam sehingga tengahari. Antara tempat yang agak tenang.

Saya duduk di sebuah taman. Mentadabbur alam diwaktu pagi dan diwaktu malam, berbeza sungguh rasanya. Apa yang membawa saya untuk keluar pada awal-awal pagi sebegini? Tiada alasan utama. Hanya mengikut langkah kaki yang mahu berjalan-jalan seorang diri.

Pernah dengar mengenai mengasingkan diri? Terasing? Asing?

Apa sebenarnya persepsi yang akan ada dalam minda kita apabila terdengar perkataan-perkataan di atas? Pada saya, tidak semua yang terasing atau asing itu adalah sesuatu yang buruk. Kadang-kadang ada sesuatu yang asing dalam sesebuah masyarakat, yang tidak dapat diterima oleh sesebuah masyarakat, bukanlah sesuatu yang buruk. Tapi mungkin kumpulan masyarakat tersebut belum dapat menerima atas banyak faktor. Kan?

Okey. Cukup disitu.

(more…)