Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January 6th, 2015:

Wahai Jiwa, Tenanglah!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Yang berada di hadapan itu, bukanlah yang paling terbaik di antara yang terbaik..

Yang berada di hadapan itu, bukanlah yang paling terbaik di antara yang terbaik..

Kerana Allah, tenanglah. Kerana Allah, tabahlah.

Berapa tahun yang sudah, apabila cuti semester sudah sampai ke penghujungnya, hati saya itu pastinya akan ada penyakit M (baca: malas). Malas untuk meninggalkan rumah. Malas untuk packing barang, yang mana operasi untuk kemas barang hanya akan berlangsung 4 jam sebelum flight pada pagi harinya. Malas untuk bersedih-sedihan.

Sehingga saya jadi penasaran.

Yang memilih untuk pergi itu adalah saya. Dan yang memilih untuk berada jauh terpisah oleh bukan sahaja setakat tol-tol yang sangat banyak di tanah semenanjung, tetapi juga terpisah oleh Laut Cina Selatan yang beribu-ribu batu jauhnya, itu pun adalah saya.

Dan tetap sahaja airmata akan bertakung selepas bersalam-salaman, berpeluk-pelukan sebelum memasuki gate check in. Nampak tidak betapa hati itu luluh kondisinya? Ya, luluh. Tapi tidaklah salah. Bahkan, jasad hati yang luluh itu selalu menjadi yang macho untuk terus melangkah. Woha! *menjerit keriangan

Di atas ini adalah satu contoh keadaan. Yang semua pernah merasainya, saya kira. Ada orang, memilih untuk terus melangkah dalam kehidupan walaupun jalan-jalan yang bakal dilewatinya itu akan membuatkan hatinya menanggung banyak rasa. Ada orang, tidak betah mahu meneruskan perjalanan dan memilih untuk jalan-jalan yang lain.

Kita semua pernah merasainya.

(more…)