Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January 1st, 2015:

Tahun Baru 2015 : Mengenang Kisah Tahun 2014

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Allah telah mengasihi kita. Bukankah?

Allah telah mengasihi kita. Bukankah?

Tahun 2014 melabuhkan tirainya. Kini 1 Januari 2015.

Meneliti perjalanan tahun 2014, tidaklah terlalu bahagia, tidaklah terlalu teruk. Alhamdulillah seadanya. Masing-masing berdepan dengan ujian daripada Allah Ta’ala. Yang pastinya, ujian tersebut memberi pengajaran kepada kita, dan ada hikmahnya yang pasti.

Mengenang kembali tahun 2014, jangan mendakwa diri kita menanggung terlalu banyak dugaan. Because seriously, if me tell you some stories of the people who are Allah test more than us, you will close your mouth like, “Really?! Ya Allah…”

Antara tips menjalani hidup ini ialah, apabila kita berada di atas jalan kebaikan, dalam jiwa kita mesti bersangka baik lebih terhadap orang lain; orang lain mesti lebih banyak kebaikan yang dia lakukan. Apabila kita berjaya dalam satu-satu hal, kita mesti akan bersangka lebih baik kepada orang lain; orang lain mesti lebih banyak kejayaan yang digapai. Apabila kita merasa terlalu bahagia, kita mesti merasa orang lain lebih lagi; orang lain lebih bahagia tetapi masih menjadi orang-orang yang dekat kepada Allah.

Kenapa begitu? Men-down-kan diri sendiri? Nope!

Tapi kerana kita mahu berusaha lebih lagi. Dan kerana kita mahu mendidik diri kita untuk bersifat qana’ah dan rendah hati terhadap manusia sekeliling kita.

Senyumlah.

(more…)