Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

January, 2015:

Cerpen : Percaya Seorang Sahabat #1

Percaya itu dengan hati. Hati yang tidak sangsi. Credit Picture : http://blackjack0919.deviantart.com/

Percaya itu dengan hati. Hati yang tidak sangsi.
Credit Picture : http://blackjack0919.deviantart.com/

Fathin membuka pintu bilik. Kelihatan Yana yang merupakan rakan sebilik Fathin sedang duduk di meja stadi. Sibuk benar gamaknya. Fathin membuka kasut dan meletakkan pada rak kasut di luar bilik dan masuk seiring salam.

“Assalamu’alaikum..” Ucap Fathin dengan penat.
“Wa’alaikumussalam..” Yana menoleh. Tersenyum.

Fathin meletakkan beg sandang berjenama Nike di kerusi meja stadi. Lalu menuju ke arah katil dan duduk di hujung katil sambil memutar-mutarkan kepala beliau. Lenguh.

“Fathin.. You okey?” Sapa Yana dengan ceria.

Yana ini seorang yang ceria dan rajin. Boleh dikatakan budak ni ulat buku. Tengok pada rak buku beliau, penuh dengan buku sehingga tidak cukup ruang. Yana juga seorang pelajar cemerlang. Mahasiswi yang sentiasa mendapat dekan setiap semester. Tapi orangnya tetap merendah diri dan berbudi pekerti. Untung siapa bakal suami Yana ni. Err, tetiba.

(more…)

Sejenak Berkisah Adam dan Hawa

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bahagia itu bila kita patuh kepada Tuhan. Credit Picture : http://blackjack0919.deviantart.com/

Bahagia itu bila kita patuh kepada Tuhan.
Credit Picture : http://blackjack0919.deviantart.com/

Awal pagi itu, saya membaca surah al-Baqarah. Dalam surah tersebut, terkandung kisah ketika mana Allah SWT memberitahu kepada seluruh malaikat untuk mencipta seorang khalifah di muka bumi. Sampai kepada ayat 39, saya jadi sebak.

Saya buka tafsir ibnu katsir.

Mendapatkan mama yang sedang berada di bawah dengan sulaman beliau. Sambil duduk-duduk, saya membuka cerita mengenai penciptaan Nabi Adam a.s. Dari bagaimana Allah Ta’ala memerintahkan seluruh malaikat termasuk iblis untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai tanda penghormatan dan kemuliaan, maka semuanya sujud kecuali iblis.

Dengan merasa bahawa dirinya lebih mulia, iblis ingkar kepada Allah.

Allah SWT murka kepada iblis. Namun iblis tidak berhenti hanya setakat disitu. Iblis mencari jalan untuk membuatkan Nabi Adam dan Hawa ingkar kepada perintah Allah SWT. Dan akhirnya iblis berjaya. Allah SWT murka kepada Nabi Adam a.s, tapi Allah SWT juga mengampuninya dan mengajarinya doa-doa memohon keampunan daripada Allah SWT.

Kisah ini, akan sentiasa menjadi kisah yang diceritakan kepada kita, anak cucu dan cicit kita. Namun, adakah kita mengambil iktibar dari kisah ini sebenarnya?

Hidup Ini Cabaran Dan Pengorbanan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Suhana_Amiril

Mahu bahas soal kehidupan, tidak senang.

Kadang-kadang, ada debar didada bila memikirkan masa hadapan. Bila memikirkan apa diri ini bakal jadi nanti. Bila memikirkan kita akan tercampak di mana-mana untuk belajar erti hidup. Tapi cepat-cepat positifkan diri semula. Ada getar dijiwa itu tidak mengapa, asal kita masih terus tetap melangkah. Maka kita tidak akan pernah gagal dalam hidup kita.

Kita tidak boleh berhenti hanya kerana kita merasa berdebar atau kita merasa sedikit takut dalam apa jua hal. Kadang-kadang apa yang kita perlukan itu kita akan dapat hanya apabila kita mengatasi rasa ketakutan dalam jiwa untuk mengharungi kehidupan sesuai dengan fitrah. Kita masih menjadi hamba Allah. Kita masih mahu menjadi manusia seadanya.

Takut? Semua orang akan rasa takut. Berdebar? Bimbang? Risau? Semua orang akan ada perasaan itu. Yang berbeza hanyalah langkah kita, tindakan yang kita ambil, risiko yang kita hadap untuk sebuah kehidupan yang lebih baik. Untuk jadi seorang manusia yang berdikari.

Kita mahu terus melangkah, kita berjaya (inshaAllah).
Kita duduk diam saja, maka kita tidak akan pernah ke mana.

(more…)