Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

December, 2014:

Lupakan Orang Tentang Dirimu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : http://stanislaw.deviantart.com/ Kita tidak perlu peduli pun pada kata-kata negatif orang lain. Selagi kita tahu kita tidak buat Tuhan marah.

Credit Picture : http://stanislaw.deviantart.com/
Kita tidak perlu peduli pun pada kata-kata negatif orang lain. Selagi kita tahu kita tidak buat Tuhan marah.

Menulis atas dasar rindu.

Tiba-tiba malam ini bantal yang biasa diletakkan di kepala itu terasa sangat tinggi sehingga memberi ketidakselesaan. Ipod sudah lama dinyahaktifkan. Terasa dahaga. Tapi memikirkan kemalasan untuk turun ke bawah, maka telan air liur sahajalah buat seketika.

Apabila saya katakan bahawa menulis itu sebuah terapi, maka saya betul-betul maksudkannya. Sesiapa yang pernah mengenali Ya Habibi di zaman forum pink itu, sudah pasti ada yang pernah bertandang ke blog hijau suatu masa dahulu. Yang waktu itu hanyalah catatan dan perkongsian harian. Ya, menulis dan menulis. Itulah dia.

Malah, ketika menjadi Moderator Forum di forum pink itu, memang menulislah kerjanya sambil membawa mangga besar untuk meng-lock thread yang berulang dan yang sama waktu dengannya. Tapi tetap, sehingga sekarang masih tidak dapat menandingi kepanjangan kak Nisa_88 apabila menulis (hahaha). Terimbau pula kenangan lama tengah malam ni.

Hidup ini, mudah saja mencapai bahagia apabila kita yang menginginkannya. Dan kita akan sentiasa merasa sengsara, apabila kita yang mahu merasai seperti itu. Maka, begitu jugalah apabila kita menerima kata-kata negatif dari manusia. Sama ada kita mahu dengar sahaja, atau kita mahu kata-kata negatif itu mempengaruhi kehidupan kita.

Hujan lebat. Sejuk. Eh?

(more…)

Zine Pertama : Bukan Puisi Tuhan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Zine : Puisi / Catatan / Randomness

Zine :
Puisi / Catatan / Randomness

Alhamdulillah. Ya.
Ini zine pertama saya.

Zine ini mengandungi 50 puisi (dan mungkin lebih) moden dan catatan yang sama waktu dengannya. Tajuknya, seperti tertera; BUKAN PUISI DARI TUHAN (kau berani baca?).

Di dalamnya, kau akan bertemu sifat yang keras. Yang sederhana. Yang lembut. Dan yang menyenangkan. Juga yang kurang menyenangkan, mungkin. Namun aku mahu ingatkan, isi di dalamnya jauh dari kesempurnaan. Maka, kalau kesempurnaan yang kau mahu, bukan ini karya yang kau mahu ketemu. Kerana catatan di dalamnya bersifatkan sifat manusia.

Bila dikatakan kepada sifat manusia, maka kau bakal bertemu —
macam-macam.

Zine ini sudah boleh didapati minggu ini. Cuma boleh release lagi.
Entri ini adalah makluman bagi yang sudi.

Sedikit sentuhan lagi.

Bakal beritahu bagaimana cara untuk mendapatkannya;
bagaimana untuk menghubungi saya;
bagaimana akan sampai kepada anda.

Bersedialah.
(acah-acah perkara besar)

Untuk orang-orang yang,
BERANI BACA SAHAJA!

Semoga ALLAh merahmati.

Muhasabah : Hatimu Mencari Apa Sebenarnya?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : aimanazlan.tumblr.com

Credit Picture : aimanazlan.tumblr.com

Kawan, dalam dunia ini.. Kita akan selalu mengejar apa yang kini ingini. Kita akan selalu berusaha untuk mendapatkan apa yang mahu kita miliki. Kita akan terus menerus memaksa diri untuk tidak malas berusaha terhadap sesuatu yang kita inginkan. Kita juga dalam perjalanan untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam hidup.

Ya, di dunia.. Kita semua sedang berlumba-lumba.

Namun, akan ada satu hari dalam hidup-hidup yang kita jalani.. Di mana kita sedang sibuk menongkah dunia. Mengejar keinginan dan nafsu. Mengejar kejayaan demi kejayaan untuk mendapatkan pengiktirafan manusia. Dan akan tiba satu saat dalam hidup kita, apabila kita sudah sering mendapatkan apa yang kita ingini, apabila kita sudah terlalu selesa dalam kehidupan ini, dan tika mana kita sudah dikaburi dengan keinginan-keinginan dunia yang tidak berkesudahan. Yang jelas, kita akan mula tertanya-tanya kepada diri sendiri.

Allah Ta’ala menjadikan dunia untuk kita semua berusaha. Bumi ini adalah ladang. Perumpamaannya, kita semua adalah petani di bumi ini. Kita masing-masing dengan usaha untuk menanam tanaman yang pelbagai. Yang mana, hasilnya akan kita dapat di akhirat nanti. Ya, kita maklum mengenai perumpamaan ini. Tetapi hati kita adakalanya masih belum cukup yakin dengan keberadaan kita di dunia, kan.

Dan sebetulnya.. Apa yang hati kita mahukan sebenarnya?

(more…)