Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

November, 2014:

Atas Banyak Hal Kita Tidak Perlu Kecewa

Bismillahirrahmaanirrahiim.

..dan ketika mana kau terasa rindu, bau aroma coffee itu selalu mengubati kerinduan. Tidak perlu diluah.

..dan ketika mana kau terasa rindu, bau aroma coffee itu selalu mengubati kerinduan.
Tidak perlu diluah.

Berapa ramai manusia yang sedang berduka?
Berapa ramai manusia yang sedang kecewa?

Berapa ramai daripada dalam kalangan kita ini yang mungkin sedang berhadapan dengan kekecewaan dalam hidup? Atau sedang berhadapan dengan suatu situasi yang sukar dihadam oleh kita sendiri. Berapa ramai yang sebenarnya sedang tenggelam dalam perasaan kecewanya sehingga mengabaikan hal-hal yang lebih penting?

Sebenarnya, seberapa banyakkah kedukaan yang kita alami sehingga menjatuhkan kita ke dalam lembah kekecewaan sehingga adakalanya kita sukar melihat hal-hal lain yang lebih penting dan yang lebih menggembirakan kita apabila kita lakukan.

Berapa ramai dari dalam kalangan kita ini akan mengaku?

(more…)

Jangan Tunduk Kepada Jiwa Jahatmu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Antara godaan syaitan dan nafsu diri sendiri, yang manakah lebih bahaya?

Antara godaan syaitan dan nafsu diri sendiri, yang manakah lebih bahaya?

Banyak hal yang terjadi kepada negara Malaysia kebelakangan ini. Dan saya, antara manusia yang memerhati setiap kejadian mahupun keputusan orang-orang yang berautoriti sambil memikirkan bagaimana mungkin sesuatu persoalan timbul mahupun bagaimana mungkin sesebuah keputusan yang menyalahi norma masyarakat boleh dianggap suatu pegangan?

Oh saya terlupa. Di dunia ini, apa sahaja boleh. Ya, apa sahaja boleh jika mengikut nafsu dan membelakangi hukum Tuhan. Apa sahaja boleh, jika manusia anggap dirinya Tuhan.

Saya adalah salah seorang yang menyokong hak kebebasan individu. Tapi bukan pada hak kebebasan yang menyalahi fitrah sebagai seorang manusia mahupun sebagai seorang yang beragama Islam. Manusia, jika mahu berfalsafah pun, masih tertakluk pada normalnya norma masyarakat di dunia. Bukan menyalahi kesucian diri masing-masing.

Apa-apa sahaja kejahatan yang kita lakukan di dunia, kalau ada manusia yang perlu diperhitungkan untuk setiap kejahatan kita, maka orang itu adalah diri kita sendiri.

Syaitan dan godaannya itu wujud. Nafsu itu wujud.

Namun Allah Ta’ala tidak membiarkan seorang manusia yang diciptakan-Nya dengan sebaik-baik penciptaan itu tanpa akal yang waras. Yang akhirnya, setiap noda yang mengotorkan diri itu adalah kerana tangan-tangan manusia terhadap dirinya sendiri.

Kita ini manusia yang bagaimana?

(more…)

Kuch Kuch Hota Hei

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : http://liajedi.deviantart.com/

Credit Picture : http://liajedi.deviantart.com/

Assalamu’alaikum.

Apabila anda dapat tahu secara tidak sengaja bahawa ada orang yang mendoakan anda di belakang anda, dalam diam tadahan doanya, di sebalik kegilaan dan keceriaannya.

“Saya rasa nak buat airlah.”

Beberapa seketika.

“Nah. Air awak.”

Senyum.
Sayang saya, tidak perlu dikhabarkan.
Senyum.

Bakal menjawab kertas terakhir untuk semester akhir ini. Mohon doakan buat diri saya dan kawan-kawan? Terima kasih. Moga Allah membalasimu dengan kebaikan asbab doamu.

Semoga ALLAh merahmati.