Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

November 24th, 2014:

Pelajaran Hidup Ada Di Mana-mana

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : http://wpwide.com/

Credit Picture : http://wpwide.com/

Menaiki tangga dengan tangan menggengam setin kopi kegemaran. Telinga disumbat dengan earphone berwarna putih. Perlahan-lahan kaki melangkah membuka pintu bilik dan meletakkan tin tersebut di atas meja. Ipod Touch dimatikan, earphone yang disumbat di telinga tadi dibuka, dibiar berjuntai. Tin kopi dibawa ke mulut, minum seteguk.

Sekarang posisi sedang menghadap laptop.

Kepulangan ke negeri ini setelah menamatkan pengajian, yang sebenarnya sedang menunggu keputusan, membuatkan saya sendiri membuat refleksi terhadap diri sendiri. Dunia, semua ada dalam batasan pengetahuan manusia. Yang sering menurut sangkaan sendiri.

Melihat timeline, scroll and scroll. Dekat timeline itu, ada perkara yang baik. Ada perkara yang kurang baik. Ada berita penting, dan ada berita yang lagha. Sebenarnya, tidak menjadi satu masalah. Kerana pilihan sentiasa ada di tangan kita.

Dan kadang-kadang, bersendirian itu menjadi pilihan kita.

(more…)

Atas Banyak Hal Kita Tidak Perlu Kecewa

Bismillahirrahmaanirrahiim.

..dan ketika mana kau terasa rindu, bau aroma coffee itu selalu mengubati kerinduan. Tidak perlu diluah.

..dan ketika mana kau terasa rindu, bau aroma coffee itu selalu mengubati kerinduan.
Tidak perlu diluah.

Berapa ramai manusia yang sedang berduka?
Berapa ramai manusia yang sedang kecewa?

Berapa ramai daripada dalam kalangan kita ini yang mungkin sedang berhadapan dengan kekecewaan dalam hidup? Atau sedang berhadapan dengan suatu situasi yang sukar dihadam oleh kita sendiri. Berapa ramai yang sebenarnya sedang tenggelam dalam perasaan kecewanya sehingga mengabaikan hal-hal yang lebih penting?

Sebenarnya, seberapa banyakkah kedukaan yang kita alami sehingga menjatuhkan kita ke dalam lembah kekecewaan sehingga adakalanya kita sukar melihat hal-hal lain yang lebih penting dan yang lebih menggembirakan kita apabila kita lakukan.

Berapa ramai dari dalam kalangan kita ini akan mengaku?

(more…)