Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

November 14th, 2014:

Jangan Tunduk Kepada Jiwa Jahatmu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Antara godaan syaitan dan nafsu diri sendiri, yang manakah lebih bahaya?

Antara godaan syaitan dan nafsu diri sendiri, yang manakah lebih bahaya?

Banyak hal yang terjadi kepada negara Malaysia kebelakangan ini. Dan saya, antara manusia yang memerhati setiap kejadian mahupun keputusan orang-orang yang berautoriti sambil memikirkan bagaimana mungkin sesuatu persoalan timbul mahupun bagaimana mungkin sesebuah keputusan yang menyalahi norma masyarakat boleh dianggap suatu pegangan?

Oh saya terlupa. Di dunia ini, apa sahaja boleh. Ya, apa sahaja boleh jika mengikut nafsu dan membelakangi hukum Tuhan. Apa sahaja boleh, jika manusia anggap dirinya Tuhan.

Saya adalah salah seorang yang menyokong hak kebebasan individu. Tapi bukan pada hak kebebasan yang menyalahi fitrah sebagai seorang manusia mahupun sebagai seorang yang beragama Islam. Manusia, jika mahu berfalsafah pun, masih tertakluk pada normalnya norma masyarakat di dunia. Bukan menyalahi kesucian diri masing-masing.

Apa-apa sahaja kejahatan yang kita lakukan di dunia, kalau ada manusia yang perlu diperhitungkan untuk setiap kejahatan kita, maka orang itu adalah diri kita sendiri.

Syaitan dan godaannya itu wujud. Nafsu itu wujud.

Namun Allah Ta’ala tidak membiarkan seorang manusia yang diciptakan-Nya dengan sebaik-baik penciptaan itu tanpa akal yang waras. Yang akhirnya, setiap noda yang mengotorkan diri itu adalah kerana tangan-tangan manusia terhadap dirinya sendiri.

Kita ini manusia yang bagaimana?

(more…)