Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

October 26th, 2014:

Jangan Pandang Rendah Terhadap Orang Lain

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hidup ini penuh dengan warna-warni kebaikan. Credit Picture : http://xaliaz.deviantart.com/

Hidup ini penuh dengan warna-warni kebaikan.
Credit Picture : http://xaliaz.deviantart.com/

ALLAh Ta’ala mencipta manusia dengan pelbagai rupa, pelbagai tingkah laku, pelbagai ragam. Tiada seorang manusia pun yang perangainya sama 100% dengan manusia yang lain. Hatta anak kembar yang dilahirkan cuma berbeza beberapa minit, tidak akan pernah sama.

Dan manusia yang diciptakan oleh ALLAh Ta’ala tadi mempunyai pelbagai bakat. Ada orang yang bakatnya dalam bidang lukisan, nyanyian, menjahit. Ada juga yang bakatnya dalam bidang muzik, mahupun dalam penulisan. Disitu kelihatan betapa manusia sebenarnya unik kerana setiap satunya mempunyai kelebihan yang berbeza-beza.

Kan? Senyum.

ALLAh Ta’ala juga mencipta pelbagai jalan untuk para hamba-Nya melakukan kebaikan dan memperolehi pahala. Seribu satu kebaikan dalam dunia ini, yang manusia boleh lakukan. Namun, ALLAh Ta’ala juga mencipta manusia dengan kebolehan serta kekurangan, yang saya pasti tujuannya, adalah untuk melengkapi. Bukan untuk saling merendahkan.

Kalau namanya manusia itu hidup untuk saling melengkapi, maka ‘memandang rendah orang lain’ sebenarnya yang seharusnya tiada tempat dalam jiwa manusia.

(more…)

Gunakan Kesempatan Zaman Ini

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Teknologi hanyalah alat semata-mata.

Teknologi hanyalah alat semata-mata.

Jiwa resah sebab buku-buku semua dah masuk kotak. Adoi.

Zaman ini, adalah zaman Allah izin untuk teknologi makin berkembang dan membangun. Saban tahun, macam-macam bukti kemajuan teknologi berada di pasaran. Tapi entah mengapa, terasa bahawa zaman yang dipenuhi dengan kemajuan teknologi ini adalah zaman pecah-belah dan zaman kemalasan.

Media sosial seperti Facebook misalnya. Kita boleh ‘jejak kasih’ semula dengan kawan-kawan realiti mahupun kawan-kawan maya. Namun, betapa banyak hubungan silaturrahim yang retak hanya kerana teknologi ini yang mana penggunanya tidak menggunakannya dengan jalan yang betul? Timbul bermacam-macam buruk sangka. Timbul hasad dihati.

Laman Youtube juga tidak ketinggalan.

(more…)