Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

October 9th, 2014:

Keterharuan Perihal Kemanusiaan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Benteng, Kuantan, Pahang.

Benteng, Kuantan, Pahang.

Waktu pagi-pagi selepas subuh, biasanya apabila menonton satu-satu video perihal kemanusiaan, jarang sekali untuk airmata tidak mengalir. Cepat sahaja menusuk masuk ke dalam kalbu, akibatnya darah (baca: airmata) mengalir laju.

Pernah, kantoi dengan Mama semasa banjir menonton sebuah video. Kejadian seterusnya? Usah ditanya. Tapi berjaya untuk dicover dengan penuh kemachoan.

Seperti pagi tadi, bagaimana seorang yang homeless rasa terharu apabila sekumpulan manusia yang berjalan untuk tujuan demonstrasi singgah beramai-ramai untuk memberikan duit kepadanya — sehingga membuatkan dirinya menangis keharuan.

Nilai-nilai kebaikan pada diri seorang manusia, memang hebat!

Itu sahaja kemaskini untuk pagi ini (saya sengaja biarkan post ini begini) — saya perlu ke kelas. Sekembalinya nanti, inshaAllah saya bakal kemaskini dengan artikel yang panjang.

Doakan saya,
kawan.

Semoga ALLAh merahmati.