Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

October 5th, 2014:

Mungkin Kita Ini Manusia Individualistik

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hidup ini memang tentang pengorbanan pun.

Hidup ini memang tentang pengorbanan pun.

Semalam kononnya hendak bawa seorang kawan untuk menikmati ikan bakar di kedai makan Ana Ikan Bakar Petai yang lokasinya di Tanjung Lumpur, Kuantan. Namun sedikit hampa apabila ternyata kedai ikan bakar tersebut tutup. Itu kisah semalam;

Di malam raya.

Dan ternyata juga kedai makan yang kami pergi semalam untuk mengisi perut selepas hampa, adalah milik keluarga seorang junior di kolej; budak dakwah.

Kalaulah saya menerima tawaran atau pun sponsor daripada Mama dan Bapa minggu lepas untuk balik kampung sempena raya ini, sudah pasti saya berada di rumah. Namun dengan fikiran waras dan hati yang sedikit hiba, saya menolak walaupun tiket pergi dan balik bakal dibelanja. Biarlah. Kadang-kadang kita perlu tidak ikut kehendak diri.

Bercakap soal individualistik; sebenarnya kita ini kadang-kadang individualistik.

(more…)