Geng Pembaca Buku

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Baca buku itu terapi jiwa. Sama seperti kau tahu bahawa Allah Ta'ala sentiasa mendengarkan apa yang kau tuturkan mahupun yang tidak engkau tuturkan.
Baca buku itu terapi jiwa. Sama seperti kau tahu bahawa Allah Ta’ala sentiasa mendengarkan apa yang kau tuturkan mahupun yang tidak engkau tuturkan.

Lepas ni aku nak cari geng pembaca buku yang seminggu sekali jumpa.

Jumpa kat mana-mana tiada hal; tepi padangkah, dalam shopping mall, dalam food court atau kat old town white coffe ke. Dan dalam perjumpaan ala-ala dating itu, kena bincangkan buku yang masing-masing dah baca.

Ulas berdasarkan kefahaman sendiri.

1. Apa yang buat kau tertarik baca buku tu
2. Ulas apa yang kau faham
3. Analisi apa sebenarnya yang penulis buku tersebut hendak sampaikan
4. Apa kaitan terbesar dalam kehidupan yang boleh dikaitkan lepas baca buku tu
5. Macam mana buku yang kau baca tu beri kesan dalam pemikiran kau

Aku dah jumpa ramai geng; geng gajet, geng DSLR, geng sukakan pakaian, geng kasut sneaker, geng edit itu ini. Tapi tak ramai jumpa geng pembaca buku yang obses dengan pembacaannya. Yang dengan pembacaan itu buat dia ketagih. Ketagih dengan buku berbanding semua gajet-gajet yang ada dalam dunia ni.

Aku tengah gian ni. Gian dengan buku.
Gian sorang-sorang agak tak best.

Siapa berani?

Masa Itu Milik Allah, Bukan Kita Punya

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kita sering kali culas dengan masa seperti masa itu kita yang punya. Credit Picture : http://crilleb50.deviantart.com/
Kita sering kali culas dengan masa seperti masa itu kita yang punya.
Credit Picture : http://crilleb50.deviantart.com/

Kehidupan di dunia, sering sibuk dengan pelbagai kerja. Orang ini dengan kerja ini, orang itu dengan kerja itu. Tidak kiralah sesiapapun, kita semua memiliki pekerjaan yang perlu digalas dan dilangsaikan. Dan secara tidak langsung, kita sebenarnya bermain dengan masa.

Ya, masa.

Tidak akan ada sebarang pekerjaan jika tidak ada masa. Tiada sebarang kejayaan jika tiada masa. Dan begitulah berkisarnya kehidupan kita di dunia. Namun, seringkali ramai diantara kita sebenarnya menyalahi penggunaan masa. Kehidupan kita jika diintai-intai semula, terlalu banyak sebenarnya kita mengkhianati masa.

Prinsip masa itu sendiri adalah untuk diatur. Bukan masa mengatur kita. Namun sebaliknya yang terjadi, kita sering bertangguh-tangguh atas setiap pekerjaan yang kita ada. Kita dengan tidak segan dan silu sering memberi alasan sibuk (sebenarnya sibuk kerana tiada membuat apa-apa) atau tidak cukup masa dalam kehidupan kita. Walhal, masa yang Allah Ta’ala berikan kepada kita tidak terlebih dan terkurang.

Bagaimana kita dengan masa ini sebenarnya?

Continue reading “Masa Itu Milik Allah, Bukan Kita Punya”