ALLAH Maha Lembut Kepada Kita

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : http://raazman.deviantart.com/
Credit Picture : http://raazman.deviantart.com/

Fitrah seorang manusia, hatta sejauh mana telah tersesat jalan sepanjang kehidupan, jiwanya sentiasa akan mencari-cari kuasa keampunan Tuhan. Walau mungkin bibir menidakkan kewujudan Tuhan, namun jauh di dalam sudut hati; dunia ini tidak tercipta dengan sendiri; dan seberapa banyak dosa yang telah dilakukan oleh seseorang, pengampunan daripada Tuhan melebihi segala dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Siapa yang tidak pernah berdosa? Siapa yang tidak pernah melakukan sebarang kesilapan? Siapa yang tidak pernah terniat akan suatu kejahatan? Jawapannya, tiada. Tiada manusia di dunia ini yang akaunnya dosanya tidak bertambah. Tiada manusia di dunia ini yang jiwanya tiada ruang untuk sebuah prasangka. Namun, manusia sentiasa ada pilihan. Pilihan untuk memperbaiki yang kurang baik. Begitu juga dengan pilihan untuk menjadi baik atau jahat.

Saya sangat percaya, manusia hidup dalam kehidupan yang merupakan sebuah pilihan. Untuk dilahirkan ke dunia, kita tidak pernah meminta atau menolak. Tapi untuk hidup sebagai seorang manusia di atas dunia, maka itu adalah pilihan kita untuk mencorakkan kehidupan kita ini bagaimana nanti kesudahannya. Dan saya yakin, kita semua percaya bahawa orang-orang yang baik itu nanti tempatnya adalah di tempat yang baik-baik di akhirat nanti.

Kita ini, hidup di dunia bukanlah main-main. Begitu juga dengan kenapa Allah Ta’ala menciptakan kita ke dunia. Pastilah tujuan Dia bukan main-main.

Continue reading “ALLAH Maha Lembut Kepada Kita”