Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

September, 2014:

Langkah Pun Perlu Diteruskan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Bila kita sudah ditempatkan oleh Allah Ta’ala pada satu-satu tempat, dan kita sendiri sebenarnya pun adakalanya tidak faham dengan peraturan takdir-Nya, maka melangkahlah. Melangkahlah meskipun payah, meski terpaksa berhijrah.

Hijrah itu selalu ada hikmahnya. Apatah lagi bila kita berserah kepada Allah.

Jadilah diri sendiri,
nanti kita akan lebih menghargai pemberian Ilahi.

Cerita kehidupan kita,
tidak berjalan di atas takdir orang lain.

Kehidupan : Motivasi Tertinggi!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Motivasi tertinggi? Hanya akan kita alami apabila kita nekad melakukan sesuatu kerana sesuatu. Dan kita tidak hirau akan sesuatu yang mendatang, kerana kita mempunyai sesuatu yang bernama tujuan.

Motivasi tertinggi? Hanya akan kita alami apabila kita nekad melakukan sesuatu kerana sesuatu. Dan kita tidak hirau akan sesuatu yang mendatang, kerana kita mempunyai sesuatu yang bernama tujuan.

Setiap satu dari kita, pastinya mempunyai motivasi tersendiri yang mendorong diri kita melakukan sesuatu yang kadang kala kita pun tidak termampu. Atas dorongan motivasi tersebut, kita boleh mengatasi ketakutan kita terhadap sesuatu.

Motivasi – satu dorongan yang membuatkan kita menjadi berani!

Lain orang, pasti lainlah punca motivasinya. Ada yang termotivasi kerana kata-kata seorang manusia, ada yang termotivasi kerana tulisan seseorang, malah ada yang termotivasi kerana tingkah laku seseorang. Variasi, namanya. Semua orang memilih dan mempunyai jenis motivasi yang bervariasi yang memberikan kesan dalam kehidupannya.

Setuju?

Saya setuju (apa hal pula dia yang tanya, dia yang jawab? koff koff). Sekiranya kita adalah orang yang masih tercari-cari atau masih tidak pasti apakah motivasi kita selama ini yang telah mendorong di mana kita yang berada sekarang ini, maka semoga kita menjadi orang yang berjaya mencari motivasi dalam kehidupan.

Ya. Motivasi yang tertinggi!

(more…)

Kaunseling Mengejar Erti Kasih

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : Umar Mita

Credit Picture : Umar Mita

Pagi itu, seperti biasa rutin sebagai seorang pelajar seawal pukul 8 lagi ada kelas yang perlu dihadiri. Kelas Kaunseling. Maka langkah menuju ke kelas seperti yang sedia maklum.

Semester ini, ada subjek Kaunseling. Antara subjek yang menarik minat saya diantara semuanya. Entah mengapa dan bagaimana, belajar kaunseling ini membuatkan saya rasa tenang kerana memahami karenah manusia di sekeliling saya. Dan dalam masa yang sama, saya juga lebih memahami diri saya sendiri.

Tidak dilupakan juga, pensyarah saya yang begitu baik orangnya saya kira, Puan Nur Yani. Yang sentiasa melampirkan ketenangan dan tidak kedekut berkongsi pengalaman peribadi sepanjang tempoh bergelar Kaunselor. Setiap sesi bersama beliau, ada sahaja yang dikongsikannya. Kadang-kadang perkongsian daripada beliau membuatkan mata saya berair. Jiwa ini seolah-olah turut merasai kepedihan pengalaman hidup seseorang.

Dalam masa yang sama, saya turut bangga terhadap beliau. Kadang-kadang saya tertanya sendiri, bagaimana sosok wanita di hadapan saya itu begitu tabah berada dalam bidang ini? Sedangkan bukan hanya masa yang perlu dikorbankan, tetapi juga perlu mengorbankan jiwa sendiri. Malah perlu mengorbankan dan ketepikan emosi sendiri.

(more…)