Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 27th, 2014:

nota pagi 29 ramadhan 1435H

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Duduk di sini. Ditemani sendiri. =)

Duduk di sini. Ditemani sendiri. =)

Hari yang ke-29 dalam bulan ramadhan pada tahun 2014 ini.

“Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda-gurau dan permainan belaka dan sesungguhnya perumahan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, jikalau mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut: 64)

Duduk di ruangan ini sambil sesekali melemparkan pandangan ke jalanraya yang sibuk dengan selang-seli kenderaan. Sesekali juga menaip dan berhenti dan mata menyapa langit yang dalam keadaan baik-baik sahaja menghirup ilham barangkali.

Teringatkan satu ketika dahulu; pagi yang baik-baik sahaja waktu itu. Pasang kasut sukan. Earphone dimasukkan ke dalam tudung sehingga menemui telinga. Dengan volume yang terkuat sehingga bunyi-bunyi luar tidak tertangkap oleh pendengaran.

Lari dengan penuh semangat. Sebenarya lebih kepada geram. Geram terhadap diri sendiri kerana berada dalam situasi kehidupan pada saat itu. Tiada siapa yang dapat disalahkan. Mahu menyalahkan orang sekeliling, tiada gunanya. Mahu menyalah Allah, walaupun pada waktu diri bukanlah baik, tapi tidak berani untuk terniat sedemikian. Maka, pilihan yang ada, adalah geram terhadap diri sendiri. Ya, diri sendiri.

Atau ayat yang mungkin lebih tepat adalah, menyalahkan diri sendiri.

(more…)