Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 20th, 2014:

Refleksi Ramadhan #22 : Kita Juga Pernah Jahil

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Allah telah mengasihi kita. Bukankah?

Allah telah mengasihi kita. Bukankah?

22 Ramadhan 1435H.

Bukankah Allah SWT itu Maha Pengasih?

Kadang-kadang kita teringat, betapa jahilnya kita dulu. Dari tidak memakai tudung, sehinggalah berhijrah sikit kepada memakai tudung. Namun masih tetap dengan lengan pendeknya. Yang bezanya sekarang, hanyalah menutup kepala.

Kerana itu sahaja ilmu kita pada masa itu. Kejahilan.

Sehinggalah Allah SWT menemukan kita dengan orang-orang yang mungkin Allah SWT hantarkan untuk memberi tunjuk ajar kepada kita tentang apa itu aurat, apa itu batasan aurat dan yang sewaktu dengannya. Maka kita juga mengambil langkah untuk berhijrah sepenuhnya. Menutup aurat dengan sempurna.

Kerana,
orang yang memakai tudung, belum pasti menutup auratnya.

Sehinggalah sekarang ini. Mungkin diantara kita ada yang dengan tudung labuh bidang 60, ada yang pakai tudung labuh bulat, ada yang pakai shawl labuh, ada pula dengan purdah dan pendapatnya tersendiri. Itu semua rahmat.

Dan itu semua kegembiraan.

(more…)