Refleksi Ramadhan #21 : Dan Demi Tuhanmu, Bersabarlah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Credit Picture : http://www.yoga-sa.com/
Credit Picture : http://www.yoga-sa.com/

21 Ramadhan 1435H.

Kita ini, seringkali merasa lemah kerana kita merasakan ujian kita begitu berat. Bila kita berada dalam satu-satu situasi, cepat benar benak kita merasa bahawa apa yang kita sedang hadapi itu adalah apa yang paling besar berbanding apa yang orang lain hadapi.

Ataupun ketika mana kita diuji apabila berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Berhadapan dengan ragam manusia, selalu akan menguji kesabaran diri. Ada masa jika diikutkan hati, mahu sahaja kita membalas setiap perbuatan orang lain. Tapi, dari sudut hati yang lain, bersabarlah itu adalah lebih tenang buat diri kita.

Perjalanan hidup di dunia ini, memang tidak akan sunyi daripada perkara-perkara tersebut. Dan sebenarnya, perkara-perkara hanyalah sebahagian kecil sahaja.

Dan itu jika kita hanya melihat diri kita sendiri sahaja.

Tapi kita ini sebenarnya, perlu membuka mata dengan lebih luas lagi. Cuba kita melihat dunia yang kita sedang duduki sekarang ini. Dan cuba bandingkan kesusahan yang kita hadapi dengan kesusahan dan ujian yang orang lain hadapi.

Bukankah sebenarnya bersabar itu adalah pilihan yang tertinggi?

Continue reading “Refleksi Ramadhan #21 : Dan Demi Tuhanmu, Bersabarlah”