Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

July 15th, 2014:

Refleksi Ramadhan #17 : Kita Jangan Buat Kerja Tuhan

Bismillahirahmaanirrahiim.

Credit Picture : http://www.wikihow.com/

Credit Picture : http://www.wikihow.com/

17 Ramadhan 1435H.

Antara anugerah terbesar yang Allah Ta’ala berikan kepada manusia adalah rasa kasih dan sayang, rasa cinta terhadap manusia beserta naluri untuk mahu dicintai pula. Tiada sesiapa di dunia ini yang mahu dibenci atau tidak disenangi oleh sesiapa, betul kan?

Dengan sedikit perasaan kasih, sayang dan cinta yang Allah Ta’ala anugerahkan tersebut, maka seseorang yang asing boleh menjadi seseorang yang dekat pada jiwa kita. Seseorang yang tiada pertalian darah dengan kita, boleh menjadi orang yang sangat kita hormati. Dan kerana perasaan itu juga, timbul sifat bersangka baik dan sifat bertawakal kepada Allah Ta’ala apabila berdepan dengan ujian. Dengan perasaan itu, kita boleh bertenang.

Dengan kasih-sayang yang Allah anugerahkan itu juga, boleh tercipta tiap-tiap sesuatu yang indah di dunia ini. Kadang-kadang saya terfikir, Allah Ta’ala Maha Baik memberikan perasaan kasih dan cinta ini. Dan dengan perasaan ini juga, manusia banyak belajar.

Namun tidak dinafikan, dunia juga penuh dengan sangka buruk, negatif dan pesimis, hasad dan dengki, dendam dan yang seangkatan dengannya. Malah adakalanya, manusia bertindak keterlaluan seakan-akan syurga dan neraka itu berada dalam genggamannya dalam menilai manusia sekeliling. Dia yang akan menentukannnya.

Mengapa? Bukankah itu kerja Tuhan?

(more…)

Refleksi Ramadhan #16 :