Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

May, 2014:

Menerima Hidup Hanya Kerana Allah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Kita gembira kerana dunia. Jika hilang dunia, akan mati kesedihanlah kita. Credit Gambar : Pelukis atau Pemiliknya

Kita gembira kerana dunia. Jika hilang dunia, akan mati kesedihanlah kita.
Credit Gambar : Pelukis atau Pemiliknya

Selalu sahaja akan ada ketika kita akan merasa kita keseorangan dalam ramai. Kita merasa kita tidak berbuat apa-apa walau sudah pelbagai usaha yang dilakukan. Dan akhir sekali nanti, kita akan merasa sedih atas sebuah kekosongan dalam hidup. Mungkin kerana tidak dirai oleh orang-orang terdekat. Atau mungkin sahaja sebabnya itu adalah kerana diri kita sendiri yang memang kehilangan sesebuah rasa dalam hidup.

Saya pernah katakan dan seringkali mengatakan, bahawa berurusan dengan kehidupan itu hakikatnya berurusan dengan perasaan. Dan berurusan dengan perasaan itu tidaklah mudah. Bahkan rumit dan sukar difahami kadang-kadang. Betul. Tapi lihatlah subhanallah, betapa Allah Ta’ala Maha Berkuasa mengizinkan kita merasai perasaan sedih, marah, geram, gembira, teruja dan senang hati. Apapun, kita wajib mensyukuri segala nikmat yang Allah Ta’ala beri.

Namun kekosongan dalam hidup kita yang kita alami itu, adakalanya kita sendiri juga tidak memahami. Bukan kerana kita tidak mengambil tahu. Tapi mungkin jiwa kita sedang jauh dari merasai sesuatu. Atau mungkin minda kita kurang peka terhadap keadaan jiwa kita sendiri.

Setiap orang akan mengalami perasaan sebegini. Dibelenggu dengan rasa yang sukar untuk ditafsir. Padahalnya, kita sudah berusaha mencuba untuk menjadi hamba yang baik. Mengikuti segala perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, meringankan jiwa dan jasad untuk membuat perkara-perkara sunnah yang disukai Nabi SAW. Berkumpul dengan orang-orang soleh, mengasihi sesama manusia kerana Allah Ta’ala.

Tetapi tetap sahaja perasaan ‘kosong’ itu terus menyinggah. Kenapa?

(more…)

3 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Putus-Asa

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Mahu berputus asa, kenapa? Kepada siapa kamu mahu buktikan? Credit Picture : Mr. Google

Mahu berputus asa, kenapa? Kepada siapa kamu mahu buktikan?
Credit Picture : Mr. Google

Okey here we go! Setelah 48 jam tidak tidur, akhirnya selepas zuhur tadi berjaya melelapkan mata. Baru menghargai dan tersedar lagi betapa tidur itu adalah satu nikmat dan salah satu ibadah dalam kehidupan. Siapa yang berkehendakkan kita tidur untuk beristirehat? Allah. Tidur boleh menjadi ibadah, dan tidur juga boleh menjadi maksiat. Percaya?

Baiklah. Bukan hendak cerita pasal tidur pun sebenarnya. It just a warm hug I guess (hihi).

Gerak kerja dalam gerabak tarbiyah memberikan kesan, alhamdulillah. Walau siapapun anda, di manapun anda — sekiranya anda berusaha mengajak orang lain untuk mengingati Allah SWT keseluruhannya, maka inshaAllah anda mendapat sahamnya di akhirat nanti.

Beberapa hari lepas, saya cuba menjadi ala-ala hipster (tak menjadi) berjalan di pusat bandar Sandakan, Sabah. Ke mana lagi saya kalau bukan ke kedai buku. Dan tiba-tiba saya terserempak dengan kawan lama. Kami berborak dalam tempoh yang agak singkat, bertanya khabar dan keadaan masing-masing. Dan dia tiba-tiba berkata tanpa saya bertanya apa-apa,

“Aku pun tengah cuba sikit-sikit ni. Kau tau la orang sekeliling macam mana kalau kita mahu buat benda-benda baik. Dulu buat jahat, ndada pula diorang bercakap-cakap, diam saja. Sekali ini… Haih.” Saya senyum dan kata, biasalah mulut manusia, ada aja wujud yang sebegitu. Dia sambung lagi, “Yalah.. Kau tolong doakan aku ya. Aku cemburu tengok orang-orang yang baik ni. Tenang saja hatiku menengok.” MashaAllah. Tabaarakallah.

Dan tidak dinafikan, walaupun ada orang yang seperti kawan lama saya tadi, yang tidak berputus asa, maka pasti wujud orang yang berkira-kira hendak berputus asa dalam perkara kebaikan. Tidak tahan dikeji dan dicaci, tidak mendapat sokongan keluarga dan kawan-kawan. Dan mungkin, dirinya berkata, “Ini semua useless!”

And NO! You can’t just give up like that. I mean, you have Allah, right?
And there’s 3 reason that I hope you will think deeply with.

(more…)

Sangka Baik Kepada Allah Itu Menguatkan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Daripada bersangka buruk menyakitkan jiwa, bersangka baik kepada Allah itu malah lebih menenangkan! Credit Picture : http://oo-rein-oo.deviantart.com/

Daripada bersangka buruk menyakitkan jiwa, bersangka baik kepada Allah itu malah lebih menenangkan!
Credit Picture : http://oo-rein-oo.deviantart.com/

Dalam hidup ini, akan ada pernah rasa betul-betul mahu berputus asa pernah dirasai. Sepertinya semangat hidup yang kita ada itu sudah berada dihujung-hujung tanduk. Kan? Jangan tipulah. Saya juga seorang manusia. Dan ya, saya juga pernah mengalami hal yang sama. Jika merasa seperti demikian, maka mulalah untuk kita tidak semangat dalam melakukan apa saja. Meskipun jasad kita bergerak, tapi jiwa kita seakan-akan sudah mati. Hidup pun, hidup dengan cara kita. Landai sahaja tanpa bengkok.

Kerana apa?

Kerana kita merasa bahawa Allah SWT tidak pun datang kepada kita saat kita ditimpa kesusahan. Kerana Allah SWT tidak pun menghulurkan bantuannya saat kita mahu jatuh. Dan sekarang.. nah! Kita betul-betul jatuh pun Allah SWT masih tidak juga memberikan bantuan-Nya kepada kita. Kenapa Allah SWT melakukan kita seperti ini? Kenapa?

Pernah merasa rasa yang sedemikian? Jangan malu untuk mengaku. Mengakulah kepada diri sendiri, agar kita dapat memperbaiki diri. Ya, kita manusia yang penuh kelemahan dan kesalahan. Dan jika kita sedar kita sedang berdosa, maka cepat-cepatlah pula kita keluar dari dosa-dosa kita itu. Itu sifat yang disukai oleh Allah SWT dan sifat terpuji.

Justeru, kita mahu kita berubah. Kita mahu kita menjadi orang yang bersangka baik kepada Allah. Dan kita dapati pula apabila kita setelah berusaha namun tidak mendapatkan apa yang kita usahakan, maka jiwa kita ditenangkan dengan bersangka baik kepada Tuan Punya Dunia. Kerana kita yakin bahawa kita tidak dibiarkan-Nya sendirian. Kerana kita yakin bahawa semua apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku semuanya dalam pengetahuan Allah SWT. Dan kerana kita yakin dan tahu, bahawa Allah tidak membiarkan kita terkapai-kapai sendirian melainkan Dia akan datangkan hikmah-Nya kepada kita.

Yakinlah, sahabat. Sangka baik kita pasti Allah SWT akan bayar suatu hari nanti.

(more…)