Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

March 17th, 2014:

[Fotografi] Secangkir Coklat Panas

DSC_9395

Allahumma shoyyiban nafi’a.

Cuaca yang sejuk serta bunyi dentuman hujan yang terjatuh di siling rumah, alangkah moleknya jika kita hangatkan dengan secawan coklat panas?

Duduk diam dan berfikir,
minda ligat mulut menghirup,
biar sejat cerita yang Allah datangkan!

Alhamdulillah —
Allah jadikan cuaca yang panas dan sejuk,
Allah tahan hujan dan biarkan kepanasan;
semuanya kerana mahu menguji sifat manusia.

Bila panas —
manusia akan pinta akan hadirnya hujan;
bila hujan manusia pula mencela hujan membasah,
sehingga manusia hilang dalam keselesaan nafsunya.

Bukanlah Allah jadikan kita ini,
untuk menjadi perungut dan pencela.
Apatah lagi untuk menjadi manusia yang bersyukur tiada,
hanya tahu untuk disuap menanti tanpa bergerak walau sedarjah.

Tidakkah kita melihat durasi waktu dunia?
Adakala tidak menentu membuat kita membisu sahaja.
Ataukah kita sudah buta akan tanda-tanda dari-Nya?
Kerana tenggelam dalam nikmat nafsu lupa era yang kekal selamanya!

Sungguh celaka para manusia!

Wahai hujan,
turunlah semahumu dengan perintah Tuhan kita.
menyebar basah bumi serta jiwa-jiwa yang kering pecah.
biar jiwa-jiwa ini banjir dalam cinta Allah!