Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

March 6th, 2014:

Mahu Membina Ummah Dalam Diri?

Bismillahirrahmaanirrahim.

Jika diri kita punah, bagaimana mahu membina ummah? Credit Picture : Google

Jika diri kita punah, bagaimana mahu membina ummah?
Credit Picture : Google

Pembinaan diri itu, tidak bermula dari orang lain. Melainkan diri kita sendiri. Begitu juga apabila kita menginginkan zuriat yang baik dan hebat untuk menjadi daie, semestinya pendidikan sedari awal perlu diambil kira. Sebelum menemui isteri atau suami lagi, malahan! Menginginkan yang baik-baik, maka itu perlu bermula dari diri sendiri.

Bila kita melihat ummah yang mana makin tenat sekarang, apakah yang akan hadir ke dalam minda kita? Apakah kita boleh duduk diam dan hanya sekadar menyaksikan kerosakan demi kerosakan ke atas umat-umat Islam? Itu tidak termasuk lagi penindasan demi penindasan terhadap orang Islam, yang mana mungkin kita hanya dapat melihat video-video dengan keterharuan dan kesedihan. Maka, melihatkan itu semua.. Tidakkah kita merasakan diri kita seorang loser sebenarnya?

Hakikatnya, pembinaan generasi ummah yang akan datang, bermula dari diri kita sendiri. Justeru, bagaimana untuk kita memastikan bahawa generasi kita yang sekarang, atau diri kita sendiri yang sekarang akan melahirkan benih-benih yang cinta kepada syariat Islam serta berani pula untuk menegakkan syiar Islam? Adakah hanya perlu duduk main PES di hadapan laptop dari malam sehingga ke subuh dan berterusan pula ke waktu pagi? Atau yang hanya sekadar mengemaskini status laman social dengan semangat yang berapi-api, tapi bertindaknya tidak? Bahkan untuk menjejakkan kaki ke usrah setiap minggu pula malas.

Fikirkan, wahai kawan.

(more…)