Blog Cinta Ilahi Rotating Header Image

March, 2014:

Cinta Mesir dan Lautan Hindi : Ini Dunia Hari Ini

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Allah mengetahui segala-galanya bukan? Allah menyaksikan airmata ini bukan? Credit Picture : Google.Com

Allah mengetahui segala-galanya bukan? Allah menyaksikan airmata ini bukan?
Credit Picture : Google.Com

Saya pasti semua tahu mengenai hal ini.

2 hari lepas, hanya apabila beberapa jam berlaku, baru sahaja saya mengetahui tentang hal ini. Umum tahu, bahawa apa yang terjadi dua hari lepas sangat mendukacitakan seluruh umat Islam di dunia ini. Malaysia sedang risau tentang keadaan dan status MH370.

Kesibukan pada hari Isnin dengan imtihan tasmi’ hadis benar-benar mencuri tumpuan dari update isu-isu dunia. Hanya setelah selesai ujian tasmi’ pada petang tersebut, barulah saya mengetahui tentang penjatuhan hukuman gantung terhadap para penyokong Dr. Mursi yang berjumlah 529 orang! 529 orang! Berita ini benar-benar meragut jantung saya.

Saya sendiri, dan saya sangat pasti, orang-orang yang kisah perihal kemanusiaan membantah hukuman gila yang dijatuhkan. Dan itu jauh sekali dari dasar keadilan undang-undang. Saya tidak tahu bagaimana seorang hakim dan sebuah mahkamah boleh menjatuhkan hukuman sedemikian rupa atas alasan yang tidak masuk akal. Berfikir soal keadilan, sebagai seorang pelajar dalam bidang undang-undang; sungguh sangat membuat jiwa saya kelam. Saya bertanya kepada diri saya sendiri, saya yang berjuang demi keadilan walaupun hanya tidak sampai setahun jagung, bertanya sendiri,

“Apa keadilan di dunia ini sudah tiada nilainya, ya Allah?”

(more…)

Pendosa Yang Mengharap Pahala

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Berhijrah ke fitrah kebaikan; kalau bukan sekarang, bila lagi?

Berhijrah ke fitrah kebaikan;
kalau bukan sekarang, bila lagi?

Kamu tahu? Tiada sesiapa yang terlepas daripada dosa. Sesiapa pun di zaman ini. Dan dosa itu adalah satu keberatan yang tertanggung di pundak diri kita, menunggu saat Allah Ta’ala menilai dan membalasinya dengan pengadilan-Nya di akhirat kelak. Namun serasa-rasanya, tiada manusia yang akan tenang dengan perbuatan dosa yang dia lakukan. Saya percaya, sekebal apapun jiwanya telah gelap dengan pelbagai maksiat, resah kerana ketakutan dek dosa yang menggunung, pasti akan menyinggah lambat atau cepat.

Dosa itu, sangat menyakitkan.

Seperti saya. Saya ini juga seorang pendosa. Dan pandangan saya terhadap diri saya, tiada contoh yang baik yang dapat saya berikan untuk orang lain mencontohi dari saya. Namun apa yang pasti, saya menyedari saya ini seorang pendosa seperti kamu. Pendosa yang masih bergelut untuk naik ke tebing kebaikan dari dilemaskan oleh arus dosa yang terlalu deras.

Saya ini pendosa. Yang adakalanya akan menyalahkan diri sendiri dan mahu memukul diri sendiri kerana melakukan satu-satu dosa, biar saya merasa pukulan sakit itu yang tidak setanding mana berbanding dosa yang mungkin akan berbekas sehingga ke negeri akhirat sana. Saya juga seorang pendosa yang, kerap kali menasihatkan diri sendiri jangan melakukan sekian sekian, tetapi selalu kalah pada diri dan keadaan.

Dan yang sangat pastinya, saya ini seorang pendosa yang masih terus berbuat dosa namun tegar mengharapkan pahala kebaikan dari Allah Ta’ala. Pendosa yang masih berlumur dengan dosa-dosa yang banyak, tapi jauh disudut hati ini; ingin menjadi seseorang yang Allah Ta’ala akan pandang dengan pandangan rahmat pada hari kiamat nanti.

Saya, kamu, kamu dan kamu;
kita semua pendosa!

Maka, khabarkan. Bukankah dosa itu sangat menyakitkan?

(more…)

[Cerpen] Pergimu Meninggalkan Kekuatan Perjuangan

Credit Picture : Google

Credit Picture : Google

Pintu dibuka dengan gerakan yang perlahan. Kelihatan seorang wanita lengkap bertudung dan berjubah melangkah masuk dengan kaki yang longlai serta tangan kanannya memegang beberapa buah buku. Wajahnya sugul, muram. Cukup memberi faham kepada orang lain mentafsir yang dia sekarang sangat tidak bermaya.

Kelihatan tidak bersemangat.

Usai meletakkan buku dan beg di meja belajar, dia melepaskan tudungnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Rakan sebiliknya, Kak Hazwani yang tua setahun darinya hanya memerhati. Sebaik sahaja keluar dari bilik air, wajahnya yang sugul tadi itu berubah rona. Kelihatan bercahaya, berkat air wudhu barangkali. Pantas dia mencapai telekung dan membentangkan sejadah di suatu sudut dalam bilik itu. Kak Wani, masih memerhati sebelum bertindak sebagai rakan sebilik sekaligus pendengar.

“Assalamu’alaikum warahmatullah…” dia memberi salam ke kanan dan kiri lalu berdoa.

Usai melipat telekung, dia duduk berhadapan dengan meja belajar. Dihadapannya, banyak nota-nota kecil yang ditampal sebagai peringatan. Diamatinya satu persatu. “Uh. Semua ni nota kecil lepas, dah buat dah..” Di papan itu juga tertempek gambar kedua orang tuanya. Tiba-tiba dia menguntum senyum melihat gambar itu. Gambarnya bersama kedua orang tuanya semasa dia menamatkan pengajian di Pusat Latihan Dakwah (PLD) dan gambar semasa menamatkan pengajian diplomanya.

(more…)